SEMPENA Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Honda ada agenda yang cukup penting, iaitu memperkenalkan model Jazz generasi baharu.
Namun, sebelum rasmi dilancarkan, beberapa imej intip mula bocor di media sosial yang memperlihatkan lekuk tubuh hatchback subkompak itu.
Terkini, muncul pula beberapa imej beberapa unit Freed facelift di ruang parkir kilang atau wakil jualan Honda Japan. Namun itu bukan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda seperti dijangka. Menariknya, kereta tersebut mirip Jazz baharu.
BACA >>> #Spyshot: Honda Jazz Serba Baharu Akan Lancar Bulan Depan, Eropah Dapat Versi Hibrid
Lihat bentuk lampu utama pada tiga unit kereta di hujung paling kanan. Lampu ketiga nampak besar dan bukan tirus. Rekaan itu adalah klu kepada bahasa rekabentuk masa depan Honda. Model Jazz pada foto berkenaan menggunakan lampu projektor dan ada kemasan perak dalam perumah lampu.
BACA >>> Walaupun Jazz Baharu Debut Bulan Ini, Honda NZ Tenang Lancar Edisi 2020
Bahagian gril pula menggunakan rekaan sama dengan kereta di sebelahnya, Freed facelift. Jika diamati, bentuk hujung bonet depan agak membulat hingga ke lampu utama. Namun setakat ini masih tiada maklumat diperoleh selain warna hitam, kelabu dan biru muda.
Persoalannya, adakah Jazz baharu versi Asean berbeza daripada Jazz Jepun?
BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!
SUMBER: Creative311
Leave a Reply