• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tuah Beli Pikap Isuzu, Ghanie dan Sugumaran Bawa Balik D-Max 2.5 Auto 4x4 Percuma!

Tuah Beli Pikap Isuzu, Ghanie dan Sugumaran Bawa Balik D-Max 2.5 Auto 4x4 Percuma!

October 8, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA pembeli ini bukan saja menikmati kereta Isuzu baharu, tetapi turut diumumkan sebagai pemenang bertuah peraduan  'Isuzu D-Max Buy and Win' yang membolehkan masing-masing membawa pulang model trak pikap Isuzu D-Max 2.5 Auto 4x4!

Peraduan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai itu memilih Ghanie Entalang dari Sebauh, Sarawak dan N Sugumaran sebagai pemenang peraduan tersebut menerusi pembelian kereta Isuzu antara April dan Jun lalu.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power - Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

Apabila menerima panggilan Isuzu, Ghanie awalnya tidak percaya kerana bimbang ditipu.

"Selepas menerima penjelasan dari pihak pengedar, saya percaya dan terus terkejut. Sebab terlalu gembira saya tidak dapat tidur malam," katanya sambil ketawa.

Katanya, D-Max ialah pengangkutan utama keluarganya kerana yakin dengan penjimatan bahan api dan prestasi ditawarkan, serta praktikal dalam merentasi kawasan berbukit di kawasan tempat tinggalnya. Ghanie, yang tinggal bersama keluarga di rumah panjang Jabris Naong, kira-kira 60km dari Bintulu bercadang memberikan hadiah tersebut kepada bapanya supaya mudah bergerak dari kampung ke bandar.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power - Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

Seorang lagi pemenang, Sugumaran pula tidak menyangka penyertaan itu membawa tuah kerana menganggap hadiah yang diterima mungkin kecil.

"Apabila saya terima panggilan daripada pengedar, saya terkejut dan fikir itu mungkin jenaka. Tetapi kemudian, saya terima pula panggilan dari ibu pejabat Isuzu yang mengesahkan saya menang sebuah lagi kereta.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power - Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

"Ternyata pengalaman pertama dengan trak pikap Isuzu bawa tuah. Selepas empat bulan guna, saya berpuas hati dengan penjimatan, kestabilan dan keteguhan ditawarkan D-Max," katanya yang menguruskan perniagaan trak dan meluangkan banyak masa melawat ladang-ladang kelapa sawit.

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max 2.5 Auto 4x4, Isuzu D-Max 2019, Isuzu Malaysia, peraduan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my