• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MD Foodpanda: "Tak Mahu Kerja, Beri Kepada Orang Lain"

MD Foodpanda: "Tak Mahu Kerja, Beri Kepada Orang Lain"

October 7, 2019 By Aryon Leave a Comment

5.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN mogok dilakukan pekerja Foodpanda yang membantah skim pembayaran baharu dilaksanakan dikatakan langsung tidak menjejaskan syarikat itu. Malah mereka disarankan memberikan peluang pekerjaan itu kepada orang lain yang berminat.

Pengarah Urusan (MD) Foodpanda Malaysia, Sayantan Das meminta pekerja yang enggan bekerja supaya memberikan atau menukarkan syif kepada pekerja lain supaya tidak menjejaskan pendapatan mereka.

“Jika awak (pekerja Foodpanda) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif kepada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat Foodpanda di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dipetik Malaysiakini.

foodpanda-mogok-1
foodpanda-mogok-3

Dalam aksi mogok yang dilancarkan minggu lalu, pekerja Foodpanda bertindak log masuk ke dalam aplikasi Foodpanda, tetapi enggan membuat sebarang penghantaran makanan kepada pelanggan.

Sayantan kemudian menafikan pihaknya menyekat pengenalan digital pekerja yang melakukan mogok tersebut

“Semasa mogok, kami tidak membatalkan sebarang ID mahupun mengancam penghantar.

“Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Malah menurut Sayantan, mogok dilancarkan juga tidak menjejaskan syarikat kerana cuma melibatkan kumpulan yang sangat kecil.

“Kami sudah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang 1 peratus yang memulakan mogok,” katanya.

Bermula 1 hingga 3 Oktober lalu, pekerja Foodpanda berpakat mengadakan mogok besar-besaran sebagai tanda membantah skim pembayaran baru yang dilaksanakan 30 September lalu untuk kawasan luar Lembah Klang.

Penghantar mendakwa, di bawah skim baru, kadang-kadang mereka terpaksa menunggu dua hingga tiga jam untuk mendapatkan pesanan justeru, pendapatan mereka berkurangan.

SUMBER: MalaysiaKini

Related

5.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Foodpanda, Penghantar Makanan, Runner, Sayantan Das

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev