• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Memandu Masuk ke Thailand dari Malaysia?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Memandu Masuk ke Thailand dari Malaysia?

October 4, 2019 By admin.pandulaju Leave a Comment

512
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ramai kalangan rakyat Malaysia berhajat memandu ke Thailand. Lagipun di Semenanjung Malaysia, kita cuma ada saja dua negara jiran sebelah menyebelah, iaitu Singapura dan Thailand. Memandu ke Singapura bagi sesetengah orang mungkin agak klise kerana saiz negara pulau itu yang kecil, sehari pun sudah boleh pusing keliling.

Tetapi Thailand pasti lebih mencabar dan mengujakan. Bukan saja kerana keluasan negara itu dengan panorama unik yang tidak sama seperti Malaysia, tetapi juga berbeza pengalaman budaya, masyarakat dan bahasa. Kata orang rasa lebih advencer dan thrill!

BACA >>> Pembuli Jalan Raya Tunjuk Samseng? Lakukan 6 Tip Ini untuk Elak Lebih Drama

Persoalannya, bagaimanakah caranya hendak memandu masuk ke Thailand?

Di bawah ini kami kongsikan tip memandu dari Malaysia ke Thailand yang dikongsikan pemilik Facebook Terbang tak bersayap. Kaki ligat merayap (panjang pula nama akaun dia) sebagai panduan ringkas dan mudah hendak ke Negara Gajah Putih itu.

Mungkin selepas ini ada yang berminat buat trip famili atau kembara solo ke Thailand?

* Tulisan sudah disunting mengikut tatabahasa kami, tanpa menjejaskan maksud artikel. Harap maklum.


BAWA KERETA MALAYSIA 🇲🇾 KE THAILAND 🇹🇭

Benda yang perlu ada:

  • Pasport.
  • Sijil pemilikan kenderaan.
  • Insurans kereta (Thailand).

1. PASPORT

  • Mesti masih belum tamat tempoh. Isi borang ketibaan dan cop pasport di kaunter. Borang ketibaan itu kalau tidak pandai isi, ada kaunter yang boleh isikan, tetapi mereka minta RM2 (Isi sendiri percuma. Maklumat yang mudah dan ringkas saja).

2. SIJIL PEMILIKAN KENDERAAN

  • Kata mudah - geran kereta. Kalau tiada original, sila pergi JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di tempat anda dan minta salinan. Sekejap saja dapat salinan dengan harga RM50 (sila rujuk gambar salinan geran daripada JPJ).

Nota:

  • Salinan fotokopi geran di sesetengah pintu masuk sudah tidak diterima.
  • Tolong jangan liminate geran. Pernah tengok kastam Thailand tolak permohonan masuk sebab geran sudah liminate.
  • Sesiapa yang bawa kereta atas nama orang lain, perlu surat akuan sumpah lengkap (kalau tidak, kereta anda tidak boleh masuk). Ada kes kereta kena sita sebab masalah pemilikan.

3. INSURANS KERETA THAILAND

  • Boleh beli di pintu sempadan Malaysia atau di kaunter semasa mereka hendak keluarkan borang isytihar @ simplified customer declaration form.

Nota:

  • Ada harga untuk setahun, 6 bulan atau seminggu. Biasanya ambil insurans setahun, harga dalam RM90. Jika pergi sekejap, boleh minta seminggu dalam harga RM20.
  • Bila anda sudah cop pasport, terus pergi kaunter khas untuk kemasukan kereta. Serahkan pasport dan geran kereta. Di sini anda boleh beli insurans (biasanya mereka datang tawar). Mereka akan keluarkan borang isytihar (rujuk gambar atas) kepada anda.

Nota:

  • Jika kali pertama masuk, mereka ambil masa lama sebab kena masukkan data dalam sistem. Jika biasa masuk, data sudah ada. Jadi mereka terus cetak borang isytihar.

Kemudian dan fasa akhir, anda kena pergi minta cop daripada pegawai mereka di luar. Biasanya mereka akan tanya mana kereta untuk pastikan betul. Mereka akan cop dan kita kena tandatangan macam perjanjian (baca dalam borang gambar rujukan).

Taraaa... Siap dan anda sudah boleh masuk Thailand.

Oh, jangan lupa serah balik borang isytihar semasa cop pasport keluar. Kalau tidak, anda kena denda ikut berapa hari di sana. Masalah akan timbul apabila anda hendak masuk semula ke Thailand lain kali. 😏

Nota: Ini cara bawa kereta ke Sungai Golok dari Rantau Panjang Kelantan .

Kemas Kini: Lesen Antarabangsa tidak diperlukan sebab lesen kita sah di sana. Setakat ini, sudah beratus kali masuk ke sana, tidak pernah timbul isu lesen 🙏🏼.

KREDIT: Facebook: Terbang Tak Bersayap. Kaki Ligat Merayap

GALERI
Pasport Malaysia.
Pasport Malaysia.
tip-pandu-malaysia-thailand-8
Pintu masuk Rantau Panjang, Kelantan.
Pintu masuk Rantau Panjang, Kelantan.
Geran kereta daripada JPJ. Perlu bayar RM50 sebab tiada geran original di bank.
Geran kereta daripada JPJ. Perlu bayar RM50 sebab tiada geran original di bank.
Insurans kereta Thailand. Murah dengan harga sama seperti Malaysia.
Insurans kereta Thailand. Murah dengan harga sama seperti Malaysia.
Borang isytihar @ simplified declaration form.
Borang isytihar @ simplified declaration form.
Pintu masuk Rantau Panjang, Kelantan (malam).
Pintu masuk Rantau Panjang, Kelantan (malam).
Sudah masuk kawasan Thailand.
Sudah masuk kawasan Thailand.

Related

512
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, Auto Terkini, autotainment, Tip Masuk Thailand, Tip Memandu ke Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev