• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota UK Lancar C-HR (2020) dengan Tambahan Enjin 2.0L Hibrid Ringan Baharu, 183hp

Toyota UK Lancar C-HR (2020) dengan Tambahan Enjin 2.0L Hibrid Ringan Baharu, 183hp

October 3, 2019 By Han Othman Leave a Comment

832
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA UK melancarkan C-HR (2020) versi naik taraf dengan menampilkan sedikit perubahan gaya, menaik taraf sistem infotainment, dan memperkenalkan trenkuasa hibrid ringan baharu, termasuk mengemas kini dinamik casis.

Harga model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak ini bermula £25,625 (RM132,110) untuk varian aras mula, Icon hingga RM32,595 (RM167,975) untuk varian atasan, Orange Edition. Proses penghantaran akan bermula penghujung tahun ini.

Perubahan gaya melibatkan lampu utama LED yang direka semula, gril depan baharu dan bampar depan lebih lembut dengan ambilan udara dan lampu kabus baharu. Difuser belakang juga diperbaharui dengan tambahan kemasan krom dan sepasang lampu belakang LED yang direka semula dengan spoiler hitam berkilat baharu.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Toyota C-HR Sangat Berbaloi Dimiliki

Di dalam, sistem infotainment baharu menawarkan sokongan untuk kemas kini atas talian, peta navigasi Eropah dan konektivit Apple CarPlay dan Android Auto versi terkini.

Pilihan enjin terdiri daripada unit hibrid 1.8L sedia ada, tetapi Toyota menamatkan enjin petrol 1.2L pengecasturbo (113hp) dari pasaran Britain kerana kurang permintaan. Sebagai ganti, pelanggan ditawarkan enjin baharu 4-silinder 2.0L hibrid ringan berkuasa 183hp dengan rating emisi CO2 118kg/km.

Aspek casis CHR (2020) baharu turut ditambah baik menerusi sistem stereng kuasa elektrik diubah suai, dan rekabentuk suspensi baharu yang meningkatkan keselesaan pemanduan C-HR. Semua model turut ditambah peredam bunyi bagi mengurangkan kebisingan dalam kabin.

BACA >>> Toyota Perkenal C-HR, IZOA Versi Elektrik Sepenuhnya untuk Pasaran China

Seperti C-HR sedia ada, ada lima varian ditawarkan, iaitu:  Icon, Design, Excel dan Dynamic, serta edisi paling premium Orange Edition yang datang dengan rim aloi 18 inci hitam kusam, sistem audio JBL Premium dengan 9 pembesar suara dan kemasan warna dwi tona, Scorched Orange dan bumbung hitam.

GALERI
toyota-chr-2020-uk-7
toyota-chr-2020-uk-4
toyota-chr-2020-uk-1
toyota-chr-2020-uk-2
toyota-chr-2020-uk-3
toyota-chr-2020-uk-5
toyota-chr-2020-uk-6

Related

832
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV subkompak, Toyora C-HR, Toyota, Toyota C-HR Hybrid, Toyota UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev