• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-25 (2019) Siap Sedia Serang Indonesia dengan Wajah Lebih Bengis!

Yamaha MT-25 (2019) Siap Sedia Serang Indonesia dengan Wajah Lebih Bengis!

October 3, 2019 By ZY 4 Comments

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA masih menunggu Yamaha MT-25 tiba di pasaran Malaysia? Mari kami tambahkan lagi garam ke atas luka hati anda yang masih berduka lara itu. Pehhh...

Menurut laporan blogger dari Tanah Seberang, TMCblog, Yamaha Indonesia baru saja mengesahkan akan melancarkan wajah baru untuk MT-25 yang berkongsi trenkuasa sama seperti model popular, YZF-R25.

Perubahan utama ialah bahagian depan menerusi pembaharuan rekabentuk lampu utama, lampu siang (DRL) dan lampu signal, tangki dan fairing sisi, serta fork terbalik (USD) yang langsung mengubah imej model ini daripada naked bike biasa-berwajah biasa kepada penempur jalanan serba bengis!

BACA >>> Selepas Thailand, Giliran Indonesia Lancar Yamaha MT-15 (Malaysia Bila Pula?)

Ini langsung meletakkan MT-25 sebaris dengan model siri MT lain yang sama gaya seperti MT-15, MT-09 dan MT-10 (MT-07 masih guna rekaan lama, harap maklum).

MT-25 boleh dikatakan R25 yang ditogelkan. Selain panel meter digital penuh yang diambil daripada R25 terbaharu, bahagian lain seperti casis, enjin, ukuran roda dan lain-lain masih menggunakan spesifikasi sama seperti sportbike suku liter itu.

Enjin kekal 2-silinder 250cc DOHC penyejukan cecair dengan transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm. Casis dan suspensi belakang sama, termasuk ukuran rim dan tayar 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang). Cuma sayang, masih tiada versi ABS seperti ditawarkan Yamaha Indonesia untuk R25 versi sana.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2019) Versi Bajet Lancar di India, Harga RM8k Sahaja!

MT-25 (2019) ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik: Matte Grey (kelabu), Metallic Blue (biru) dan Metallic Black (hitam) dengan tanda harga atas jalan Rp53.9 juta (RM16,025).

Masuk Malaysia atau tidak? Wallahua'lam. Selagi pembeli kita masih agungkan YSuku, mungkin selagi itu kita cuma mampu pasang angan-angan saja. Dan Hong Leong pun tak boleh nak move on. 🤣

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

GALERI

SUMBER: TMCblog

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, sportbike, Yamaha Indonesia, Yamaha MT-25, Yamaha MT25

Comments

  1. Edre says

    October 4, 2019 at 9:19 AM

    Mengidam aku
    Kalau tak kluar juga kat malaysia ni aku sambar z250 atau cb250r je la .
    Jangan bagi duit kat HLBY ni .

    Reply
  2. Azhar says

    October 4, 2019 at 12:33 PM

    Dapat masuk mt-15 yg version indonesia pun dah cukup baik. Siap pakai fork terbalik.

    Reply
  3. sarjanblue88 says

    December 2, 2019 at 7:16 PM

    kalau bawa masuk masuk malaysia tahun depan, konpem aku beli

    Reply
  4. Peminat 2 roda says

    September 16, 2020 at 10:01 PM

    Masuk juga akhirnya, model MT kecil2 yg ditunggu2..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my