• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Sonic 150R (2019) Kini dengan Warna, Grafik Baharu Lebih Agresif

Honda Sonic 150R (2019) Kini dengan Warna, Grafik Baharu Lebih Agresif

October 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

766
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASTRA Honda Motor (AHM) memperkenalkan Honda Sonic 150R (2019) facelift dengan rekaan strip dan warna baharu yang lebih sporty. Imej baharu itu adalah jawapan AHM kepada gaya hidup penunggang muda masa kini di Indonesia.

Imej agresif diserlahkan menerusi grafik ekspresif dengan pilihan warna Agresso Matte Black (hitam kusam), manakala buat peminat lumba jalanan, strip baharu Activo Black (hitam) dan Energetic Red (merah) mungkin sesuai dengan jiwa anda.

Sementara itu, pilihan warna Honda Racing Red (merah) yang diilhamkan daripada Astra Honda Racing Team (AHRT), mengekalkan strip gabungan warna merah dan putih sebagai personaliti utama. Gaya jiwa muda dapat dilihat pada rekaan tajam bajak (shroud) yang mudah ditanggal pasang aka plug and play.

BACA >>> Honda Sonic 150R (2018) Tampil Grafik Baharu yang Lebih Segar dan Agresif

Pengguna kini memakai atau mencabut sesuai mengikut keperluan dan gaya dinamik sendiri. Selain itu, Sonic 150R turut didatangkan dengan ciri kha seperti lampu depan LED berbentuk tajam, lampu belakang ringkas tetapi agresif, panel indikator digital dengan informasi lengkap dan mudah lihat, serta stereng clip-on  sebagai ciri khas untuk karakter sporty.

Sonic 150R didatangkan dengan enjin generasi baharu 150cc DOHC dengan transmisi manual 6-kelajuan yang memberikan limpahan tork pada putaran enjin (rpm) rendah hingga menengah. Tanda harga Sonic 150R warna Aggresso Matte Black dan Honda Racing Red ialah Rp 23,180,000 (RM6,840), manakala Energetic Red dan Activo Black dipasarkan pada harga Rp22,780,000 (RM6,7240.

BACA >>> Suzuki Satria F150 (2019) Perkenal Warna, Grafik Baharu

GALERI

SUMBER: AstraHondaMotor

Related

766
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda Sonic 150R, PT Astra Honda Motor, roda2, Warna Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my