HONDA meraikan ulang tahun ke-50 untuk model ikonik CB750, iaitu motosikal 4-silinder pengeluaran pertama yang dihasilkan syarikat tersebut.
Sempena meraikan detik bersejarah itu, Honda memperkenalkan model edisi terhad, CB1100 RS 5Four (2019) yang mendapat kerjasama Guy Willison daripada bengkel 5Four Motorcycles di UK.
BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR150R Gaya Karbon Penuh
CB1100 RS 5Four (2019) dibina berasaskan CB1100 RS (2019), iaitu CB1100 versi dipertingkat dengan casis ditambah baik. CB1100 RS didatangkan dengan brek lebih baik, suspensi Showa dinaik taraf, dan geometri stereng dan pengendalian dikemas kini, termasuk rim 17 inci
Menurut Willison, asas 5Four Motorcycles menghasilkan motosikal kustom rasmi itu adalah sebagai tribut kepada zaman keemasaan sukan permotoran era 1980-an, terutama kejuaraan enduran, 24-hour Bol d’Or.
BACA >>> #EICMA2019: 30 Foto Honda CBR 1000RR-R Fireblade SP yang Tangkap Leleh!
CB1100 RS 5Four (2019) diberikan pakej estetika seperti fairing bikini aluminium, pelana tunggal Alcantara sulaman berlian dengan ekor aluminium, bar hendal rendah Renthal dengan tuil boleh laras, grip lumba Tomaselli, cemin bilet bulat dan mufler titanium Racefit Urban Growler.
Aa juga plat nikel dan nombor lencana 5Four, skema car konsep pemortoran 80-an, dan logo Honda cat tangan.
Honda UK cuma menjual 54 unit CB1100 RS 5Four (2019) pada harga £15,554 (RM80,210) dengan tempoh menunggu selama tiga bulan.
BACA >>> 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!
GALERI
SUMBER: MotoPinas
Leave a Reply