SEMPENA meraikan pencapaian jualan ke-900,000 unit, Honda Malaysia menganjurkan karnival 'Road to 900,000th Unit Milestone Campaign' selama dua hari di Stadium Bukit Jalil (28 dan 29 September) dan menyerahkan sembilan unit kereta Honda kepada pemenang bertuah.
Sebelum ini dua pemenang Civic dan HR-V sudahpun diumumkan, manakala tujuh pemenang lagi diumumkan pada karnival di Bukit Jalil itu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan diberikan pengguna Malaysia dan gembira dengan pencapaian jualan 900,000 unit sejak ditubuhkan pada 2002.
BACA >>> Honda Malaysia Tawar 9 Model Percuma Sempena Kempen Jualan ke-900k Unit
Kempen ini istimewa kerana ini kali pertama Honda Malaysia bekerjasama dengan jenama popular tempatan seperti Astro Radio, Tealive dan Unifi untuk menyerahkan sembilan unit kereta. Sepanjang tempoh kempen, kami menerima maklum balas menggalakkan dan penyertaan aktif kalangan rakyat Malaysia.
"Lebih 122,000 penyertaan diterima dalam tempoh dua bulan! Saya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan diberikan," kata Ishiyama.
Berikut senarai pemenang bertuah 'Road to 900,000th Unit Milestone Campaign':
- Honda Civic - Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi
- Honda HR-V - Lim Hong Ngee
- Honda HR-V Hybrid - Nik Siti Nurhidayah Juhan
- Honda City - Yasmoon Osman
- Honda City Hybrid - Fong Yee Wern
- Honda Jazz - Ee Shi Lin
- Honda BR-V - Chester Lim
- Honda CR-V - Lim Hock Kuang
- Honda Accord - Muhamad Abdul Hadi Junus
HONDA CITY TERLARIS
Pencapaian unit jualan 900,000 adalah salah satu kejayaan dicapai Honda sejak beberapa tahun lalu bermula pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) CR-V pada 2003.
Model CKD menyumbang jualan terbanyak, iaitu 95 peratus, manakala model import (CBU) 5 peratus. Keseluruhannya, City menyumbang angka jualan tertinggi, iaitu 37 peratus, disusuli Civic (15 peratus) dan CR-V (11 peratus).
BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?
Disokong permintaan tinggi, Honda Malaysia membangunkan barisan pengeluaran kedua di kilang Pegoh, Melaka pada 2014 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran. Buat masa ini Honda Malaysia memasang model Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, Civic, BR-V, HR-V, HR-V Hybrid, CR-V dan Accord.
Berdasarkan rekod jualan Januari-Ogos tahun ini, tiga model terlaris Honda ialah City (33 peratus), HR-V (18 peratus) dan CR-V (14 peratus).
Leave a Reply