• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Kereta Diesel Honda di Eropah Menjelang 2021

Tiada Lagi Kereta Diesel Honda di Eropah Menjelang 2021

September 26, 2019 By Han Othman Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA akan menghentikan jualan kenderaan diesel di Eropah pada 2021, dan pengeluar automotif dijangka menggiatkan usaha elektrifikasi untuk semua kenderaan di rantau tersebut menjelang 2o25.

Kekurangan permintaan untuk kenderaan diesel dan regulasi emisi yang ketat dikatakan menjadi penyebab kepada keputusan berkenaan. Menjelang 2021, emisi karbon dioksida daripada kereta-kereta di Kesatuan Eropah (EU) disasarkan mencapai kadar 95g/km berbanding 120g/km.

BACA >>> Honda HR-V India Bakal Terima Enjin 1.6L Diesel daripada CR-V

Menurut laporan dipetik Reuters, Honda mensasarkan pengeluaran kereta elektrik sebanyak dua pertiga daripada barisan model jenama itu menjelang 2030 berbanding angka sekarang yang cuma kurang 10 peratus.

Minggu lalu, Honda baru saja melancarkan CR-V Hybrid di Amerika Syarikat (AS), dan bakal diperkenalkan di Eropah dalam masa terdekat. Malah, Jazz generasi baharu khabarnya akan dikeluarkan dalam versi hibrid sahaja.

Honda juga dijangka mengurangkan variasi model kereta pada 2025 dalam usaha mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 10 peratus. Pelaburan dalam kajian dan penyelidikan juga dijangka meningkat.

BACA >>> Honda Civic Diesel (2018) Tiba di UK, Harga Bermula £20,120 (RM109,607) Sahaja

SUMBER: Reuters

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Europe, Kereta Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev