• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Dedah Foto Acah Naked Bike Baharu, Adakah MT-125 (2020)?

Yamaha Dedah Foto Acah Naked Bike Baharu, Adakah MT-125 (2020)?

September 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA baru saja menyiarkan imej acah model naked bike baharu yang bakal debut pada 16 Oktober depan. Kehadiran model baharu itu dijangka menggantikan MT-125 yang belum pernah mengalami perubahan sejak 2014.

Foto acah itu menampilkan siluet fasia depan yang jelas menyerlahkan sosok badan jentera dengan tiga lampu utama LED. Ini dikukuhkan dengan kehadiran model saudaranya YZF-R125 baharu edisi 2019 yang berubah penuh menerusi gaya, geometri dan enjin baharu berserta teknologi injap variabel, Variable Valve Actuation (VVA).

Seperti MT-15 yang dibangunkan berasaskan enjin YZF-R15, ada kemungkinan besar, MT-125 juga menggunakan konsep sama.

🚨 COMPETITION 🚨

We are delighted to launch a competition with @motorcyclelive to win a bike so new we can't even tell you what it is... 🤫

Enter here: https://t.co/puN4XINV55#MotorcycleLive pic.twitter.com/o1ZLZm6eZ2

— Yamaha Motor UK (@YMUKofficial) September 24, 2019


Walaupun Yamaha UK enggan membuat sebarang komen, tetapi foto acah dengan slogan 'Loading a new level of darkness' seakan memberi gambaran model MT versi kemas kini kerana itu slogan yang tipikal dengan barisan produk tersebut.

Menariknya, Yamaha Motor UK akan menawarkan jentera misteri itu sebagai hadiah Motorcycle Live 2019 dan bakal dipamerkan di Dewan 2 sempena Pusat Pameran Nasional (NEC) 2019 di Birmingham, England pada November nanti bersama jentera lain yang diumumkan lebih awal seperti R1 (2020) dan R1M.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2019) Versi Bajet Lancar di India, Harga RM8k Sahaja!

Berikut status dimuat naik di laman Twitter Yamaha Motor UK;

Yamaha Motor UK gembira untuk menawarkan jenama baharu, model 2020 sebagai hadiah Motorcycle Live. Faktanya, motosikal ini sangat baharu, kami tidak dapat beritahu anda apakah motosikal itu!

SUMBER: MCN

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, Yamaha, Yamaha Motor UK, yamaha mt125, Yamaha YZF-R125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev