• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Petronas Syntium 7000 Hybrid - Minyak Pelincir Khas untuk Perlindungan Enjin Hibrid

Petronas Syntium 7000 Hybrid - Minyak Pelincir Khas untuk Perlindungan Enjin Hibrid

September 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) memperkenalkan minyak pelincir Petronas Syntium dengan formulasi CoolTech yang mampu mengurangkan kepanasan beberapa komponen kritikal dalam enjin supaya prestasi jentera lebih efisien.

Dibangunkan berasaskan teknologi litar, Petronas Syntium 7000 Hybrid ditawarkan kepada pemilik kenderaan hibrid harian. Teknologi CoolTech membantu menyejukkan bahagian komponen kritikal supaya enjin dapat bekerja cekap walaupun di bawah tekanan tinggi.

BACA >>> Mahu Servis Kereta? Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih PETRONAS Auto Expert

Kepanasan lampau adalah masalah serius dalam dunia automotif dan ada beberapa komponen kritikal yang perlu diberikan perhatian seperti injap ekzos, dinding kebuk pembakaran, skirt piston, bahagian penyejuk (coolant) dan takungan minyak.

Produk di bawah Petronas Syntium 7000 Ultimate Series itu memenuhi spesifikasi API SN PLUS dan melindungi pra-nyalaan halaju rendah (low speed pre-ignition, LSPI) untuk kenderaan petrol turbo dengan suntikan terus (DI). Antara produk pelincir lain di bawah siri ini ialah:

  • Petronas Syntium 7000 0W-16 dengan CoolTech
  • Petronas Syntium 70000 0W-20 dengan CoolTech
  • Petronas Syntium 3000 5W-30
  • Petronas 800 5W-30 CoolTech.
Petronas Syntium 7000 Hybrid_1
Petronas Syntium 7000 Hybrid_6

Pemanduan dengan ciri penyejukan dalaman (inner cool) menawarkan prestasi tekanan tinggi dan Petronas Syntium CoolTech dipercayai pemandu Formula Satu (F1) sebagai bendalir yang berupaya menyejukkan bahagian komponen kritikal untuk mengoptimumkan prestasi enjin. Ini dibuktikan dengan kejayaan sukan perlumbaan Petronas Mercedes-AMG sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

Diformulasi untuk situasi pemanduan moden, Petronas Syntium CoolTech dibangunkan dengan rantaian minyak kukuh bagi mengatasi masalah kerosakan akibat enjin akibat panas lampau, mengoptimumkan kecekapan bahan api dan menjaga suhu enjin supaya kekal sejuk.

BACA >>> Yamaha M1 Kini Guna Minyak Petronas Sepenuhnya, Terbukti Tingkatkan Prestasi

Produk pelincir Petronas Syntium 7000 Hybrid sudah ada di pusat jualan seluruh Malaysia pada harga RM295 (4 liter) dan RM80 (1 liter).

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Auto Terkini, CoolTech, minyak enjin, Minyak Enjin Kereta Hibrid, Minyak Pelincir, minyak pelincir petronas, Petronas, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), Petronas Syntium 7000 Hybrid, PLMM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev