• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 790 Duke Lancar di India, Harga Rs863k (RM50.9k)

KTM 790 Duke Lancar di India, Harga Rs863k (RM50.9k)

September 24, 2019 By Aryon Leave a Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM melancarkan 790 Duke baharu di India pada harga Rs863,945 (RM50,980) yang dibangunkan berasaskan casis Chromium-Molybdenum-Steel (CMS) dengan panjang 2,128mm dan jarak roda 1,475mm. Berat keseluruhan model ini ialah 169kg dengan kapasiti tangki 14 liter.

790 Duke nampak mirip seperti model Duke lain dalam barisan KTM. Ia menampilkan lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED dan kluster instrumen TFT warna penuh, juga pelana terpisah dan ekzos tunggal.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Brosur KTM 790 Duke Spesifikasi India!

Trenkuasa dijana enjin 799cc Parallel-Twin berkuasa 103hp @ 9,000rpm dan tork 87Nm @ 8,000rpm dengan kotak gear klac manual 6-kelajuan bersama empat mod tunggangan: Sport, Street, Rain dan Track.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 43mm di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek daripada brek cakera 300mm dengan kaliper 4-piston di depan dan 240mm dengan kaliper 1 piston di belakang.

Ciri lain termasuk ABS Selekoh boleh ubah, Quickshifter dengan Regulasi Gelincir Motor (MSR), kawalan traksi, kawalan stabiliti, respon terotel boleh laras dan kawalan luncur.

Di Malaysia, 790 Duke sudah dilancarkan lebih setahun lalu, iaitu Julai 2018, dan dijual pada harga RM64,800. Ini juga model KTM India paling berkuasa yang dibawa masuk ke negara Asia Selatan itu dan hasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).

BACA >>> KTM 790 Duke Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM64,800

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, KTM, ktm 790 duke, KTM 790 Duke (2020), KTM India, naked bike, roda2, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my