• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Perbandingan: Spesifikasi Benelli 150S (2019) vs Modenas Pulsar NS200

Perbandingan: Spesifikasi Benelli 150S (2019) vs Modenas Pulsar NS200

September 23, 2019 By ZY Leave a Comment

815
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK Yamaha FZ150i menarik diri dari pasaran tempatan dan diambil alih R15, boleh dikatakan produk kerjasama Modenas dan Bajaj, Pulsar NS200 mula menguasai pasaran streetbike naked bawah RM10,000.

Rekabentuk gagah, enjin 200cc 4-lejang yang sudah tentu lebih berkuasa daripada kebanyakan kapcai, dan faktor harga sangat kompetitif, iaitu sekitar RM9,500 (termasuk cukai dan insurans), menjadikan NS200 sebagai pilihan popular, terutama kalangan penunggang yang kerap berulang-alik jarak jauh untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, ada juga segelintir peminat permotoran yang masih kurang berkenan dengan jentera ini. Kata mereka, model tersebut (kononnya) 'sangat kuat bau karinya'. Ini merujuk kepada status NS200 dari India yang dibawa masuk terus ke Malaysia menerusi pengeluar nasional, Modenas.

benelli-logo-bg
modenas-logo

Mungkin sedar kehadiran golongan anti-kari itu, membuatkan MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia membawa masuk model streetbike naked baharu, Benelli 150S.

BACA >>> Benelli 150S Lancar di Malaysia, Harga Mula RM8.5k Sahaja!

Dikuasakan enjin 150cc yang diambil daripada model kapcai RFS150i, rekabentuk gagah gaya Itali ini mungkin lebih menepati selera peminat streetbike yang lebih gemarkan pizza dan lasagna sebagai santapan harian.

Kami belum sempat menunggang uji model baharu ini. Bagaimanapun jika anda sedang berkira-kira mendapatkan Pulsar NS200, Benelli 150S nampaknya berbaloi untuk diberikan pertimbangan berdasarkan perbandingan spesifikasi berikut:

Bagaimana? Dari segi kuasa, aDa perbezaan ketara KERANA Benelli 150S dikuasakan enjin lebih kecil. Namun, dari segi gaya nampak lebih sporty dan ranggi, terutama warna Nitro Green yang pasti membuatkan kelibat anda mudah dicam penggunaa jalan raya lain, termasuk skandal (kalau ada). Tak perlu ubah suai pun dah nampak laju, betul tak? 😜

BACA >>> Benelli RFS150i Perkenal Grafik, Warna Baharu dengan Tambahan Versi SE!

GALERI
BENELLI 150S
Benelli 150S-5
Benelli 150S-13
Benelli 150S-12
Benelli 150S-10
Benelli 150S-9
Benelli 150S-8
Benelli 150S-7
Benelli 150S-4
Benelli 150S-3
Benelli 150S-2
Benelli 150S-1
MODENAS PULSAR NS200
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (1)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (5)
MODENAS PULSAR NS200
MODENAS PULSAR NS200
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (3)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (4)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (6)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (7)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (8)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (15)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (14)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (12)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (11)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (10)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (9)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (13)
Modenas NS200 Malaysia_PanduLaju (16)
Pandulaju-pulsar-ns200-yellow

Related

815
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev