• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BAIC Bakal Mengganas Di Pasaran Malaysia

BAIC Bakal Mengganas Di Pasaran Malaysia

April 25, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

baic-bakal-mengganas-di-malaysia

AMBER Dual Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Beijing Auto International Corporation (BAIC) dalam usaha mengembangkan lagi jenama BAIC di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Menerusi perjanjian itu, Amber Dual akan menjadi pengedar eksklusif jenama BAIC di Malaysia. Pada masa sama, ia juga menjadikan kilang di Gurun, Kedah sebagai hab pemasangan tempatan (CKD) bagi semua model kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) BAIC untuk dieskport ke negara-negara Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Urusan Amber Dual, Shabudin Md Saman, kerjasama bersama BAIC untuk CKD sudahpun berjalan di mana model AD 009, van mewah berkapasiti 16 tempat duduk menjadi model pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Tambah Shabudin, perjanjian kali ini adalah lebih tertumpu kepada model pemasangan bagi RHD untuk pasaran tempatan juga eksport.

" Buat fasa pertama, kami akan membawa masuk model BAIC D20 versi pemasangan sepenuhnya (CBU) dan dijangka bakal berada di pasaran pada Oktober 2016.

" Pada masa sama, BAIC D20 versi CKD turut akan dijalankan. Selain D20, kami juga akan memperkenalkan model elektrik EV200 ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

" Umum ketahui BAIC adalah syarikat pengeluar utama kenderaan elektrik dunia dan kami yakin model ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia, " katanya.

BACA: Pandu Uji BAIC AD 009 – Sedia Cabar Segmen Van Di Malaysia

BAIC D20
BAIC D20

BAIC D20 adalah model kompak yang dipadankan dengan enjin 1.3L dan 1.5L. Walau bagaimanapun, Amber Dual buat masa ini hanya akan membawa masuk varian 1.5L dalam versi sedan dan hatchback.

Majlis MoU ditandatangani oleh Pengarah Urusan Amber Dual, Shabudin Md Saman, bersama Naib Presiden BAIC, Qian Zi Jun.

BAIC_Amber Dual_MoU_Pandulajudotcomdotmy (2)
BAIC_Amber Dual_MoU_Pandulajudotcomdotmy (1)

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari turut menandatangai MoU bersama Naib Presiden Kanan BAIC, Li Ji bagi kerjasama Internal Combustion Engine (ICE) dan produk EV terutamanya memberi khidmat nasihat dalam hal berkaitan polisi selain mempromosikan teknologi ke pasaran Asia Tenggara.

Syabas dan selamat maju jaya Amber Dual Sdn Bhd.

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amber Dual Sdn Bhd, BAIC, BAIC Bakal Mengganas Di Pasaran Malaysia, BAIC Malaysia, Beijing Auto International Corporation, Datuk Madani Sahari, Institut Automotif Malaysia, MAI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev