• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!

Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!

September 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA GR Supra serba baharu rasmi dilancarkan UMW Toyota Motor (UMW Toyota) untuk pasaran Malaysia pada harga RM568,000 (tanpa insurans).

Inilah model sport tulen yang dibangunkan Toyota tanpa sebarang kompromi dengan mengadaptasi segala kepakaran, pengalaman dan sumber dimiliki pengeluar dari Jepun itu. Kehadiran pesaing kepada BMW Z4 itu pasti memberikan keterujaan kepada peminat sukan permotoran tempatan.

GR Supra serba baharu ialah generasi ke-5 Supra sejak diperkenalkan pada 1978. Sejak debut, model ikonik itu sentiasa jadi pilihan popular kalangan pasukan lumba, termasuk ikon selebriti dan golongan kenamaan. Malah pernah muncul dalam permainan video seperti Gran Turismo dan Need For Speed, termasuk filem aksi Hollywood seperti francais The Fast & Furious.

BACA >>> Toyota Supra Baharu Bakal Muncul dalam 'Fast and Furious 9'?

Bagi pasaran Malaysia, GR Supra hanya ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja, iaitu:

SATU VARIAN - SPESIFIKASI GTS

Jika BMW Group Malaysia (BGM) membawa masuk BMW Z4 sDrive30i M Sport dengan enjin 2.0L (RM480,000), UMW Toyota pula memilih GR Supra spesifikasi GTS yang didatangkan dengan enjin 6-silinder 3.0L Turbo berkuasa 338hp dan tork 500Nm.

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan dengan pedal anjakan Quick Shifting baharu. Padanan Kawalan Luncur (Launch Control) membolehkan kereta sport ini memecut 0-100kmj sepantas 4.3 saat!

BACA >>> Toyota GR Supra GT4 Concept dengan Imej Aerodinamik untuk Prestasi Trek Lumba!

HARGA MULA RM568k

Toyota GR Supra GTS dijual pada harga RM568,000 (tanpa insurans) dengan lapan warna untuk dipilih:

  • Prominence Red (merah)
  • Lightning Yellow (kuning)
  • White Metallic (putih metalik)
  • Deep Blue Metallic (biru metalik)
  • Silver Metallic (perak metalik)
  • Matte Storm Grey Metallic (kelabu kusam)
  • Black Metallic (hitam metalik)
  • Ice Grey Metallic (kelabu metalik)

KABIN SPORTY

TOYOTA SUPRA GTS (2019)_12
TOYOTA SUPRA GTS (2019)_14
TOYOTA SUPRA GTS (2019)_6

Sebagai jentera ikonik yang dibangunkan untuk pemanduan agresif, kabin Supra GTS tampil dengan imej sporty mendapat kemasan serba mewah dengan menggunakan material berkualiti tinggi.

Gaya moden dapat dilihat pada unit infotainment di tengah papan pemuka, kawalan penyaman udara dwi-zon yang disusun kemas secara horizontal, kawalan audio berbentuk tombol rotasi di konsol gear, sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, kerusi sport kulit boleh laras elektrik dengan sokongan lumbar, paparan dongak (HUD), cermin pandang belakang elektrokromatik dan sistem bunyi dengan 12 pembesar suara JBL.

Walaupun minimalis, tetapi kekal elegan, sesuai dengan imej sport dimiliki model ini.

BACA >>> Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!

PEMANDUAN DINAMIK

TOYOTA SUPRA GTS (2019)_27
TOYOTA SUPRA GTS (2019)_28
TOYOTA SUPRA GTS (2019)_7

Rupa luaran GR Supra GTS paling menyerlah adalah penampilan rim aloi ringan 19 inci. Aspek dinamik pemanduan diperoleh daripada padanan nisbah agihan berat 50:50 yang dipadukan bersama ciri Suspensi Variabel Adaptif (Adaptive Variable Suspension, AVS) dan Diferensial Gelincir Terhad (Limited Slip Differential, LSD) kawalan elektronik.

Pemandu juga boleh membuat tetapan prestasi sama ada mahu menggunakan bantuan elektronik atau memandu secara tulen.

Keselesaan pemanduan diserahkan kepada komponen seperti strut MacPherson, strut spring sendi ganda, absorber tiub kembar, kawalan arm bawah (lower arm controller) dan bar stabiliser untuk sistem suspensi depan, manakala sistem multi-link, absorber tiub kembar dengan spring dan damper kawalan elektronik menyempurnakan sistem suspensi belakang.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k

GALERI

Related

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Z4, BMW Z4 sDrive30i M Sport, Kereta Sport, Roda4, Supercar, Toyota, Toyota GR Supra GTS, Toyota Supra, Toyota Supra 2020, Toyota Supra GR, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev