• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Bangunkan Beg Udara Sisi Tengah Baharu

Hyundai Bangunkan Beg Udara Sisi Tengah Baharu

September 19, 2019 By Han Othman Leave a Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI membangunkan beg udara sisi tengah baharu yang memisahkan ruang antara pemandu dan penumpang depan. Ciri keselamatan baharu ini dijangka diperkenalkan pada model akan datang jenama itu.

Menurut Hyundai, beg udara sisi tengah itu dipasangkan di dalam kerusi pemandu. Apabila berlaku perlanggaran, beg udara tersebut akan mengembung dan mengisi ruang antara kerusi pemandu dan penumpang.

BACA >>> Kajian: Beg Udara Lutut Tidak Banyak Beri Perlindungan Kecederaan Kaki - IIHS

Tujuannya, mengelak kecederaan kepala akibat pemandu dan penumpang sebelah saling berlanggar sesama sendiri. Ia juga mampu melindungi pemandu daripada rempuhan sisi.

Beg udara itu direka dengan satu pautan dalaman yang membolehkan ia mengekalkan bentuk dan menahan berat penumpang. Berat beg udara berkenaan adalah 500 gram lebih ringan berbanding produk pesaing.

Menurut Hyundai lagi, beg udara sisi tengah itu dijangka mampu mengurangkan kecederaan kepala disebabkan perlanggaran sesama penumpang dalam kabin sebanyak 80 peratus.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?

hyundai-centre-airbag-1
hyundai-centre-airbag-2
hyundai-centre-airbag-3
hyundai-centre-airbag-4
hyundai-centre-airbag-5

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbag, Auto Terkini, beg udara, Beg Udara Sisi Tengah, Centre Side Airbag, ciri keselamatan, hyundai, Hyundai Motor, Hyundai Motor Group, Teknologi Keselamatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev