SEBELUM Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power dilancarkan secara rasmi di Malaysia, abang awal-awal lagi sudah memandu uji trak pikap ini di Thailand. Boleh dikatakan penantian yang sangat berbaloi kerana D-Max baharu ini tampil dengan kuasa enjin lebih baik, kadar emisi rendah, dan penjimatan bahan api tinggi.
LAGI POWER, LAGI JIMAT MINYAK!
D-Max baharu dikuasakan enjin 1.9L Ddi Blue Power berkuasa 148hp @ 3,600rpm, dan tork 350Nm @ 1,800rpm - 2,600rpm, ditingkatkan 9 peratus berbanding model lama. Walaupun ramai pembaca komplen enjin 1.9L yang lembap, tapi abang tak setuju kerana kuasa ditawarkan mencukupi. Pasal pengalaman pemanduan, abang ada komen panjang lebar dalam video di bawah.
BACA >>> Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM79k
Hal lain yang abang suka pasal D-Max baharu ini ialah tahap penjimatan bahan api ditawarkan. Buat masa sekarang, model ini adalah trak pikap paling jimat yang abang pernah pandu uji di Malaysia. Memang kena sangat dengan status kenderaan cekap tenaga (EEV) yang diberikan.
Jangan tak tahu, D-Max 1.9L Ddi Blue Power ialah trak pikap pertama Malaysia yang mendapat pengiktirafan EEV.
TAHAN LASAK
Di Thailand, D-Max ialah antara trak pikap paling digemari kerana reliabel dan tahan lama. Versi enjin kali ini pula direka untuk menjadi penanda aras baharu dalam segmen trak pikap yang bukan sekadar berketahanan tinggi, tetapi juga berkuasa dan cekap tenaga.
BACA >>>> #Spyshot: Isuzu D-Max (2020) Serba Baharu Dikesan dengan Kabin Tambahan
BERAPAKAH HARGA?
Ada 11 pilihan varian ditawarkan kepada pembeli Malaysia dengan harga seperti berikut:
ISUZU D-MAX (TYPE B - SINGLE CAB)
- 1.9L 4X4 (MT) - RM85,000
- 3.0L 4X4 (MT) - RM91,000
ISUZU D-MAX (TYPE B - DOUBLE CAB)
- 1.9L 4x2 (MT) Low Ride - RM79,000
- 1.9L 4x2 (MT) High Ride - RM86,000
- 1.9L 4x4 (MT) Type B - RM96,000
- 1.9L 4x4 (MT) Premium - RM105,000
- 1.9L 4x4 (AT) Type B - RM104,000
- 3.0L 4x4 (MT) Type B - RM104,000
ISUZU D-MAX (PREMIUM - DOUBLE CAB)
- 1.9L 4X2 (AT) High Ride - RM99,000
- 1.9L 4x4 (AT) Premium - RM115,000
- 3.0L 4x4 (AT) Premium - RM119,000
MAMPUKAH SAINGI MODEL TRAK PIKAP LAIN DI MALAYSIA?
Secara peribadi, rupa luaran Isuzu agak ketinggalan jika dibandingkan pesaing lain kerana masih cuba mengekalkan DNA sama seperti model-model terdahulu. Hanya sedikit perubahan kosmetik. Bagaimanapun, ada beberapa ciri menarik yang dimiliki jentera ini, tetap tiada pada pesaing lain.
Apakah ciri yang dimaksudkan itu? Jom layan video di bawah ini. Ingat, tengok sampai habis!
BACA >>> Isuzu D-Max Baharu Trak Pikap Pertama EEV di Malaysia, Harga Mula RM85k
* Durasi 15:10 minit
zannuri bin muhd hayon says
dari segi mantenance,perjalanan jarak jauh...mane yg lebih elok,tahan lasak....manual ke auto ye
MOKHTAR MOHAMED NOR says
Enjin bagus design ok 1 je masalah dmax ni yg sampai skrg tk d buat penambah baikkan,,,pasti akan lebih laku jika d max lebih condongkan kerusi belakang dan panjangkan sedikit kabin 50 ke 100mm sepertimana mitsubishi triton,,,,selagi mana kerusi belakang dmax masih seperti ini ruang kelegaan dia bubuh la enjin sehebat mana pun agak sukar untuk bertahan lama satu2 produk mereka d minati,,skrg 4x4 dah bukan kenderaan untuk kerja semata2,,kini ramai org juga mengunakan 4x4 ni sebagai kenderaan harian,,,dgn julat harga yg d berikan dmax skrg org sukar nk memilih dmax kerana pesaing menawarkan lebih ruang dan keselesaan kabin serta lebih kekuatan mengangkat beban,,,4x4 org tk berapa kisah dgn rupanya