• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Tiguan - Nampak Biasa Tapi Luar Biasa, Sudah 5 Juta Unit Terjual Sejak 2007

Volkswagen Tiguan - Nampak Biasa Tapi Luar Biasa, Sudah 5 Juta Unit Terjual Sejak 2007

September 18, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda sedang berkira-kira mahu memiliki kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana, ada banyak model di pasaran yang boleh dipilih. Dari SUV mampu milik seperti Proton X70 Standard 2WD yang berharga RM99,800 hingga model premium seperti Mercedes-Benz, BMW, Volvo, Lexus dan Audi yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Bukan saja model baharu, di pasaran kenderaan terpakai pun banyak SUV yang ada seperti Honda CR-V dan Nissan X-Trail. Sekarang memang zaman keemasan SUV dengan hampir semua pengeluar utama dunia mempunyai model SUV untuk ditawarkan kepada pengguna.

BACA >>> Proton X70 Versi CKD dengan Talaan Proton Ride & Handling Sudah Siap Dipasang?

VW TIGUAN - LEBIH 5 JUTA TERJUAL

kilang-volkswagen-wolfburg-1
kilang-volkswagen-wolfburg-2

Antara SUV yang mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia ialah Volkswagen Tiguan yang kali pertama dilancarkan untuk pasaran tempatan pada April 2017 dengan harga RM166,000.

Mungkin anda berpendapat penampilan Tiguan nampak sederhana saja berbanding Honda CR-V yang agresif, tetapi itulah identiti Volkswagen. Walaupun kurang menonjol, ia tetap berjaya menambat jutaan pembeli serata dunia. Tahukah anda, Tiguan sudah terjual 5 juta unit sejak dilancarkan pada 2007? Angka itu dicapai pada pertengahan Januari lalu dan unit ke-5 juta dikeluarkan di kilang Wolfsburg, Jerman.

Tiguan ada dua model berbeza, iaitu model seperti dijual dalam negara kita dan Tiguan Allspace yang bersaiz lebih besar untuk pasaran terpilih seperti Eropah, Amerika Syarikat dan China. Pada 2018, hampir 800,000 unit daripada dua model itu sudah terjual seluruh dunia. Hebat!

BACA >>> Volkswagen Tiguan Wild dengan Kit Aksesori Khas, Cuma Tambah RM5,099

9 TAHUN DI PASARAN

VW TIGUAN (2010)
VW TIGUAN (2018)

Satu lagi bukti populariti Tiguan, sudah lebih 120,000 unit model itu dikeluarkan sepanjang 2008, dan lebih 500,000 unit terjual pada 2015 di pelbagai pasaran dunia. Populariti itu membuatkan jangka hayat Tiguan generasi pertama lebih lama di pasaran yang mana model generasi kedua hanya mula diperkenalkan pada 2016.

Tiguan generasi kedua ialah SUV Volkswagen pertama yang dibangunkan berasaskan platform MQB (modular transverse matrix). Kemudian, Tiguan Allspace pula menyusul setahun kemudian, 2017, dengan dimensi 22sm lebih panjang dan mampu memuatkan 2 kerusi tambahan berbanding 5 kerusi untuk Tiguan asal.

Keputusan memperkenalkan Tiguan Allspace nyata bijak dan berjaya meningkatkan jualan keseluruhan Tiguan. Pada 2017, lebih 700,000 unit terjual, manakala pada 2018, hampir 800,000 unit diserahkan kepada pemilik.

Tiguan dan Tiguan Allspace kini dikeluarkan di empat lokasi Volkswagen, iaitu China, Jerman, Mexico dan Rusia. Tiguan pasaran tempatan pula dipasang di Pekan, Pahang. Dengan fakta ini, jelas sekali Tiguan memang luar biasa walaupun nampak biasa-biasa saja!

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Tiguan (2017) - Bukan Sekadar SUV Biasa

GALERI
VOLKSWAGEN TIGUAN R-LINE (GENERASI PERTAMA)
Volkswagen_Tiguan_R-Line_MkI
Volkswagen_Tiguan_R-Line_MkI 2.
VOLKSWAGEN TIGUAN R-LINE (GENERASI KEDUA)
VW Tiguan R-Line.
VW Tiguan_R-Line_4
VW Tiguan_R_Line_3
VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE
VW Volkswagen_Tiguan_Allspace_roof_box_30_litre
VW Tiguan_Allspace_SE_Nav_63
Tiguan_Allspace_SE_Nav_02
Volkswagen_Tiguan_Allspace_Compact_III_Bicycle_Carrier

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: SUV, Volkswagen, vw, VW Tiguan, VW Tiguan Allspace

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev