• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Malaysia Jalin Kerjasama dengan KPDNDHEP untuk Banteras Produk Tiruan

Shell Malaysia Jalin Kerjasama dengan KPDNDHEP untuk Banteras Produk Tiruan

September 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL sudah bertapak di Malaysia sejak lebih 127 tahun dan kini menjadi salah satu jenama pelincir paling diyakini ramai. Seiring peredaran zaman dalam dunia serba mencabar, Shell turut terjejas dengan lambakan produk tiruan di pasaran.

Sepanjang 2018, Shell melakukan ujian makmal untuk sampel produk Shell yang kononnya tulen dan dijual secara atas  talian dan pasar raya besar. Hasilnya, empat daripada 12 botol yang dijual adalah produk tiruan.

Bagi menangani masalah tersebut, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd kini menjalinkan kerjasama dengan badan penguatkuasa untuk membanteras penjualan pelincir tiruan Shell.

BACA >>> Shell Advance AX7 Tambah Dua Varian Baharu untuk Lebih Kilometer, Ekstra Perlindungan

Langkah pertama, Shell akan menganjurkan bengkel latihan bagi membezakan pelincir tulen dan tiruan kepada 100 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP).

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan menyuarakan penghargaan kepada KPDNDHEP kerana memberikan perhatian serius terhadap isu tersebut.

"Kami sentiasa menasihatkan pengguna supaya beli minyak pelincir Shell tulen dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ dan ada kod QR yang boleh disahkan ketulenan menerusi laman web SHARE (www.shell.com.my/share)," katanya.

BACA >>> Shell Perkenal Label Baharu Minyak Pelincir dengan Kod QR untuk Pasaran Malaysia

May Tan berkata, produk tulen Shell juga boleh dibeli di kedai-kedai berdaftar untuk mengelak risiko kerosakan yang boleh menyebabkan kenderaan tidak dapat dibaik pulih.

Related

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Minyak Hitam Shell, Minyak Pelincir, Minyak Pelincir Shell, minyak shell, Pelincir Shell, Produk Pelincir, Shell Lubricants Malaysia, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev