• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Corolla Altis Serba Baharu Kini Buka Tempahan, Harga Bermula RM129k

Toyota Corolla Altis Serba Baharu Kini Buka Tempahan, Harga Bermula RM129k

September 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor kini membuka tempahan Toyota Corolla Altis serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ke pasaran tempatan. Tempahan kini dibuka di pusat jualan Toyota seluruh dunia bermula 12 September ini. Di Thailand, sedan kompak ini dimaklumkan akan dilancarkan esok.

BACA >>> Thailand Lancar Toyota Corolla Altis Serba Baharu 13 September Ini

UMW Toyota Motor juga bakal menamatkan model 2.0 yang mana pasaran tempatan akan menerima dua pilihan varian enjin sahaja berserta harga: 1.8G (RM136,888) dan 1.8E (RM128,888) dengan enjin 1.8L Dual VVT-i  berkuasa 140hp dan tork 173Nm dengan kotak gear CVT.

Corolla Altis serba baharu dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), GA-C yang menawarkan pengendalian lebih tangkas dan kawalan selekoh mantap, pusat graviti rendah untuk lebih kestabilan, dan pilar kompak untuk visual lebih lebar dan luas.

Corolla Altis serba baharu menampilkan dimensi dikemas kini dengan panjang 4,640mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,435mm. Sedan ini turut menampilkan 5 ciri keselamatan utama dalam pakej Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada:

  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (Automatic High Beam, AHB)
  • Sistem Pra-Perlanggaran (Pre-Collision System, PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departue Alert, LDA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (Dynamic Radar Cruise Control, DRCC) untuk Semua Halaju - ciri baharu
  • Bantuan Jejak Lorong (Lane Tracing Assist, LTA) - ciri baharu

BACA >>> #PanduUji: Toyota Corolla Altis (2014)

Corolla Altis serba baharu turut dilengkapkan ciri konektiviti pintar seperti sistem telematik kenderaan yang akan memantau dan berkongsi lokasi kenderaan secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi telefon pintar. Ada juga ciri pengecas wayarles yang membolehkan pengguna mengecas telefon pintar tanpa menggunakan kabel.

Corolla Altis serba baharu ini sekali ialah pakej waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, tertakluk terma dan syarat.

Ada lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Celestite Gray Metallic (kelabu), White Pearl CS (putih), Silver Metallic (perak), Attitude Black (hitam), dan Red Mica Metallic (merah). Tempahan kini dibuka!

toyota-corolla-altis-malaysia-teaser-2
toyota-corolla-altis-malaysia-booking-bg
platform-tnga-gac-toyota-corolla-altis
360-t-advanced-safe-t-toyota-corolla-altis
connectivi-t-guaran-t-toyota-corolla-altis
toyota-corolla-altis-malaysia-teaser-1
warna-toyota-corolla-altis-malaysia

SUMBER: ToyotaMalaysia

Related

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), Auto Terkini, GA-C, Sedan, sedan segmen-C, tempahan, Tempahan dibuka, TNGA, Toyota, Toyota Corolla Altis, Toyota Corolla Altis 1.8E, Toyota Corolla Altis 1.8G, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev