• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Volvo Kini Dibuka di Mutiara Damansara

Pusat 3S Volvo Kini Dibuka di Mutiara Damansara

September 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO Car Malaysia (VCM) selaku pengedar rasmi kenderaan Volvo tempatan melancarkan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Mutiara Damansara bagi mengukuhkan lagi pengaruh jenama Sweden itu di sekitar kawasan tersebut.

Dikendalikan Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), Pusat 3S itu terdiri daripada ruang pameran dan servis yang direka mengikut standard Volvo Retail Experience (VRE) dengan menerapkan nilai dan warisan Skandinavia.

BACA >>> Volvo Malaysia Lancar Kempen Raya #SafeDrive, Minta Pemandu Malaysia Pakai Tali Keledar

VCM menumpukan kepada pertumbuhan jenama Sweden di pasaran tempatan seiring strategi transformasi. VCM sehingga kini sudah ada 12 pusat jualan seluruh Malaysia, dan tiga lagi bilik pameran akan dibuka tahun ini. Situasi tersebut ialah kunci utama yang memacu pertumbuhan jualan jenama Volvo di Malaysia.

Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain berkata, pasaran premium tidak boleh sekadar bergantung kepada produk kerana apa yang penting ialah nilai, kualiti, dan akses kepada perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan sepanjang tempoh pemilikan kenderaan Volvo.

Tahun ini juga menjadi tahun bermakna buat VCM apabila mencatatkan pertumbuhan lebih 60 peratus sepanjang penggal pertama 2019. Momentum berkenaan dijangka berterusan menjelang suku keempat tahun ini dengan kehadiran produk baharu.

BACA >>> Volvo Cars Jual 340k Unit Kereta Sepanjang Penggal Pertama 2019, XC60 Paling Laris

GALERI

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ingress Swede, Nalin Jain, Pusat 3S, Pusat 3S Volvo, pusat servis, Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), Volvo, VOLVO Car Malaysia (VCM), Volvo Cars Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my