BAGI memperingati dan memberi penghargaan buat Land Rover Defender, satu pameran bergerak akan dijalankan bermula 23 April hingga 1 Mei 2016.
Model 4x4 ikonik itu bakal mengunjungi lebih daripada 14 lokasi terpilih di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Sepanjang pameran itu, orang ramai berpeluang berjumpa dua unit Land Rover Defender yang dipadankan dengan pakej aksesori Defender edisi terakhir.
Pengunjung turut berpeluang memandu uji dan memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabaran Defender Hill Climb. Jangan lupa #CelebrateDefenderMy gambar anda di Instagram.
Pengarah Urusan Jaguar Land Rover (Malaysia), Datuk Aishah Ahmad berkata, pameran bergerak pasukan Land Rover Defender Rover menandakan berakhirnya era model ikonik itu di dunia.
" Pengeluaran Land Rover Defender diberhentikan di seluruh negara dan model pemasangan terakhir adalah pada 29 Januari 2016 di Solihull, England," katanya.
BACA: Land Rover Defender Edisi Terhad Mengancam
Mula dipasarkan pada 1948, lebih dari dua juta unit Land Rover dan Defender dibina di Solihull, United Kingdom.
Berikut adalah jadual pameran bergeram Land Rover Defender bermula 23 April hingga 1 Mei 2016.
Leave a Reply