• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lexus ES dan RX Facelift Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM300k

Lexus ES dan RX Facelift Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM300k

September 10, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS ES serba baharu dan Lexus RX baharu melakukan debut di Malaysia dengan mengemas kini  aspek rekabentuk, ciri keselamatan dan keselesaan.

Dengan penambahbaikan dilakukan, Lexus terus komited dalam  menjanjikan pengalaman mewah kepada pemilik jenama itu selain memenuhi permintaan dan jangkaan keperluan pelanggan masa depan. Berikut beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang dua ES dan RX:

LEXUS ES - MODEL GENERASI-7 YANG LEBIH HALUS

Sebagai antara model teras sejak kelahiran Lexus pada 1989, ES kekal sebagai sedan mewah Lexus popular dengan jualan global mencecah 2.3 juta unit. Seiring usia 30 tahun di pasaran, ES (2019) kini menjadi penanda aras terkini dalam rekabentuk Lexus.

BACA >>> Lexus ES (2019) JDM Lancar di Jepun dengan Ciri Cermin Sisi Digital

  • Menggunakan tema Provocative Elegance, generasi ketujuh ES tampil dengan rekaan sporty pintar menerusi garis bumbung lebih rendah di belakang yang memberikan aura coupe. Di samping menampilkan wajah yang elegan ia turut menyumbang kepada kecekapan aerodinamik.
  • ES dibangunkan menggunakan casis serba baharu yang bukan hanya membolehkan penampilan lebih dinamik tetapi prestasi pemanduan jitu.
  • Masuk ke kabin, keselesaan ruang dipertingkat bagi semua penumpang dengan jarak pemisah tepi 1,022mm serta ruang kabin yang lapang dan senyap. Ini merupakan keutamaan ES sejak dahulu. Tempat duduk belakang juga dilengkapi dengan pelarasan elektrik.
  • Manakala bahagian kokpit lebih memberi tumpuan kepada pemandu dengan ruang dan tataletak yang menampilkan tahap kemasan dan kehalusan terkini. Lexus memfokuskan kepada perincian kualiti dan kemasan akhir ruang kabin dengan mengutamakan layanan omotenashi.
  • Bagi ciri keselamatan, Lexus ES dilengkapi dengan versi terkini Lexus Safety System +(LSS+) yang hadir dengan pakej termaju merangkumi teknologi keselamatan aktif.
  • Dari segi janakuasa, ES dipadankan dengan enjin 2.5L 4-silinder sebaris (A25A-FKS) yang menghasilkan kuasa 204hp pada 6,600rpm dan tork maksimum  247Nm @ 5,000rpm. Ia kemudian dilengkapkan dengan VVT-iE (Variable Valve Timing - Intelligent by Electric Motor) dan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shiftyang menampilkan Artificial Intelligence Shift Control. Sistem janaan kuasa ini menawarkan pecutan yang bersahaja dengan kecekapan tinggi.
  • Lexus ES facelift didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Lexus ES 250 Premium pada harga RM299, 888 dan Lexus ES 250 Luxury (RM332,888).
Lexus ES and Lexus RX
Lexus ES
Lexus ES (2019)_13
Lexus ES (2019)_6
Lexus ES (2019)_9
Lexus ES (2019)_5
Lexus ES (2019)_8
Lexus ES (2019)_11
Lexus ES (2019)_12
Lexus ES (2019)_14
Lexus ES (2019)_15
Lexus ES (2019)_16
Lexus ES (2019)_18
Lexus ES (2019)_19
Lexus ES (2019)_20
Lexus ES (2019)_1
Lexus ES (2019)_2
Lexus ES (2019)_3
Lexus ES (2019)_4
Lexus ES (2019)_7
Lexus ES (2019)_17

LEXUS RX - BAHARU PELOPOR SUV MEWAH

Dengan rekaan yang tersendiri dan menonjol, Lexus RX terus menjadi satu daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) paling popular di pasaran. Ia tidak hanya menjadi model penting dalam barisan kenderaan Lexus, tetapi turut memeriahkan segmen SUV mewah tempatan sejak pertama kali diperkenalkan pada 1998.

BACA >>> Lexus RX (2019) - SUV Mewah 7-Kerusi Sedia Cabar Pesaing Eropah

  • RX tampil dengan rekaan lebih segar bersama teknologi keselamatan terkini. Lexus turut melakukan kemas kini pada sistem multimedia dan skrin sentuh yang boleh dihubungkan terus ke telefon pintar.
  • Luaran RX menampilkan sentuhan rekaan agresif dan masih mengekalkan ciri sentuhan mewah. Bahagian bampar depan dan belakang tampil baharu serta dinamik. Garis-garis pada badan ini lebih menonjol yang kemudian dipadankan dengan gril spindle bersama lampu utama yang tirus dengan lampu nyala siang (DRL) sekaligus memberikan pandangan lebih tajam.
  • Di belakang, kombinasi lampu dalam bentuk "L" mewakili penekanan terhadap jenama Lexus.
  • Bahagian kokpit juga memfokuskan kepada pemandu, dan diperkemas dengan sistem multimedia dengan skrin sentuh serta ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Naiktaraf lain termasuk pedal shifter, pemegang telefon pintar di konsol tengah serta dua slot USB di depan dan juga di belakang. Tidak ketinggalan pengecas tanpa wayar turut disediakan.
  • RX dipadankan dengan enjin 2.0L 4-silinder (8AR-FTS) twin-scroll turbo yang menghasilkan kuasa 235hp @ 4,800-5,600rpm dan tork 350Nm @ 1,650-4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik Super Electronic Controlled Transaxle dengan Artificial Intelligence Shift Control.
  • Dari sudut keselamatan, RX dilengkapi ciri Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) jenis BladeScan ™ pertama di dunia yang menghasilkan pencahayaan lebih luas untuk membolehkan pemandu kekal dengan mod lampu tinggi tanpa menyilaukan mata pemandu lain. Selain itu, RX baru ini juga dilengkapi dengan pakej keselamatan Lexus Safety System + (LSS+).
  • Pasaran Malaysia didatangkan dengan tiga pilihan Lexus RX iaitu:
    • Lexus RX300 Premium - RM399,888
    • Lexus RX300 Luxury - RM424, 888
    • Lexus RX300F Sport - RM439,888
  • Kedua-dua Lexus ES dan RX  didatangkan dengan jaminan lima-tahun, tanpa had perbatuan.
LEXUS RX (2019)_10
Lexus ES:RX
Lexus RX
LEXUS RX (2019)_13
LEXUS RX (2019)_12
LEXUS RX (2019)_9
LEXUS RX (2019)_8
LEXUS RX (2019)_7
LEXUS RX (2019)_15
LEXUS RX (2019)_18
LEXUS RX (2019)_14
LEXUS RX (2019)_19
LEXUS RX (2019)_16
LEXUS RX (2019)_17
LEXUS RX (2019)_1
LEXUS RX (2019)_2
LEXUS RX (2019)_3
LEXUS RX (2019)_4
LEXUS RX (2019)_5
LEXUS RX (2019)_6
LEXUS RX (2019)_11

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Facelift, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus ES, Lexus ES 2019, Lexus Malaysia, Lexus RX 2019, SUV, SUV mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev