• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BERITA AUTO: Nissan Elgrand (2014)

BERITA AUTO: Nissan Elgrand (2014)

May 23, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

01_New ELGRAND

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi memperkenalkan model MPV premium, Nissan Elgrand ke pasaran tempatan. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu kini tampil dengan rekabentuk lebih menyerlah dan mewah.

Melihat secara kasar, penampilan luaran tampak mantap dan tegap menerusi kehadiran gril hadapan yang disalut krom dengan penuh gaya. Lampu utama jenis LED projektor baharu dengan Sistem Lampu Hadapan Adaptif Aktif (Active Adaptive Front-Lighting System) turut dipadankan untuk memberikan pandangan lebih jelas dan terang, terutama pada waktu malam. MPV ini tampak lebih garang menerusi kehadiran rim aluminum aloi multi-jejari baharu bersaiz 18-inci.

 04_Inspired Performance_New Elgrand

02 The luxury interior with innovative features_New ELGRAND      01_Luxury Spacious Interior_New ELGRAND

MEWAH

Memasuki ruang dalaman, boleh dikatakan hampir setiap ciri dalaman MPV itu memiliki sentuhan mewah bertonakan hitam dengan kombinasi kemasan kayu. Kerusi kulit hadir dengan corak bentuk berlian dan jahitan berkembar coklat meningkatkan lagi kemewahan Elgrand.

Bagi memudahkan pemandu, Elgrand dilengkapi Paparan Multi-Informasi (MID). Meter Visi Halus (Fine Vision) dengan Paparan Bantuan Pemanduan bersaiz lima inci diletakkan antara meter kelajuan dan takometer memaparkan maklumat penting dengan hanya satu sentuhan.

03_Seats_New ELGRAND

LEBIH LUAS

Aspek keselesaan, ruang kabin model baharu ini lebih luas berbanding generasi sebelumnya dengan menampilkan tempat duduk kapten Ottoman yang direka berasingan berserta sokongan bahu boleh dilaras. Elgrand turut menampilkan kerusi kuasa denganlapan cara tetapan, sekali gus menawarkan versatiliti dan keselesaan terbaik bersama ruang kaki luas.

Jika mahu ruang kargo lebih luas, tempat duduk baris ketiga boleh digerakkan ke hadapan hingga 240mm untuk mendapatkan ekstra kapasiti simpanan barang.

WARNA BAHARU

Dijual pada harga RM388,000 (tidak termasuk insurans), model yang dijana enjin 3.5L ini menawarkan empat pilihan warna menarik; Imperial Umber (coklat), Brilliant White Pearl (putih), Brilliant Silver (perak) dan Phantom Black (hitam). Hadir bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan 100,000km (mana tiba dahulu), tempahan Elgrand kini diterima di semua bilik pameran Nissan seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai model Nissan di Malaysia, sila layari www.nissan.com.my.

02_New ELGRAND

CIRI UTAMA

  • Lampu utama LED
  • Gril krom
  • Bampar hadapan
  • Rim aloi 18-inci
  • Lampu kombinasi LED dalam perumah warna cerah
  • Lampu Brek Ketiga LED diletakkan pada kedudukan tinggi
  • Meter Fine Vision bersaiz 5 inci dengan Paparan Bantuan Pemandu
  • Stereng kulit dengan MID dan kawalan jelajah automatik
  • Warna dan rekaan baharu untuk kerusi kulit
  • Tempat duduk baris ketiga boleh gerak
  • Warna baharu - Imperial Umber

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, ETCM, MPV, Nissan, Nissan Elgrand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev