• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors

Mantan Ketua Rekabentuk BMW, Karim Habib Sertai Kia Motors

September 9, 2019 By Abang Hirata 1 Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Motors Corporation tidak pernah sunyi dengan berita hebat mengenai pasukan rekabentuknya. Semua tahu pengeluar automotif dari Korea Selatan itu begitu mementingkan rekabentuk yang dijadikan nadi penting syarikat sejak penyertaan bekas pereka Audi, Peter Schreyer pada 2006.

Terbaharu Kia melantik Karim Habib sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Rekabentuk. Karim ialah nama besar dalam dunia rekabentuk dan beliau menjadi individu yang terbabit merekabentuk BMW X3, X6 dan 7 Series. Selepas BMW, beliau berkhidmat dengan divisyen mewah Nissan, Infiniti bermula 2017 hingga 2019.

BACA >>> #TahukahAnda: 11 Fakta Menarik Tentang Kia yang Perlu Anda Tahu

BEKERJA DENGAN DONCKERWOLKE

karim-habib-kia-motor-2
luc-donckerwolke

Karim akan memulakan tugas di Pusat Rekabentuk Global Kia di Namyang, Korea, Oktober ini dengan menggalas tanggungjawab terhadap rekabentuk kenderaan Kia seperti penyeliaan jabatan luaran, dalaman, warna dan material, termasuk menentukan hala tuju dan strategi masa depan jenama Kia.

Beliau akan bekerja di bawah seorang lagi individu hebat, Luc Donckerwolke (foto atas kanan), iaitu Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) Hyundai Motor Group.

Donckerwolke sebelum ini ialah Pengarah Rekabentuk Volkswagen Group dan pernah terlibat dalam projek Lamborghini Diablo, Murcéliago, Gallardo dan Bentley Flying Spur.

TENTANG KARIM HABIB

Antara kelebihan dimiliki Karim ialah kemampuannya membawa identiti sesebuah jenama, dan ini banyak dibantu pengalaman beliau sepanjang menerajui kerja-kerja rekabentuk bersama syarikat premium sejak 20 tahun lalu.

Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Eksekutif Rekabentuk Infiniti Motor Company dan terlibat dalam kenderaan konsep terbaharu jenama mewah itu. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat dengan BMW Group dan Daimler AG.

Mengenai Karim, beliau ialah anak kelahiran Lebanon yang memiliki kerakyatan Kanada. Dari segi pendidikan pula, Karim ialah lulusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti McGill di Kanada dan Rekabentuk Pengangkutan dari Kolej Pusat Seni Rekabentuk di California, Amerika Syarikat (AS). Beliau mahir berbahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Itali.

BACA >>> Albert Biermann - Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

SENARAI KARIER KARIM HABIB

  • 2017 - 2019: Pengarah Rekabentuk Eksekutif INFINITI, Nissan Motor Company
  • 2012 - 2017: Ketua Rekabentuk BMW Automobiles, BMW Group
  • 2011 - 2012: Ketua Rekabentuk Luaran BMW Automobiles, BMW Group
  • 2009 - 2011: Pengurus Kanan Rekabentuk Termaju Jerman, Daimler AG
  • 2007 - 2009: Ketua Rekabentuk Rekaan Termaju, BMW Group
  • 2004 - 2007: Pereka Kanan (Rekabentuk Luaran Pengeluaran), BMW Group
  • 2002 - 2003: Pereka Luaran/Dalaman - Rekabentuk Termaju, BMW Group
  • 1998 - 2001: Pereka Luaran/Dalaman Pengeluaran, BMW Group

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Karim Habib, Ketua Pusat Rekabentuk Kia, Kia, Kia Motors Corporation, Peter Schreyer, Rekabentuk

Comments

  1. Suhaimi Nawir says

    September 16, 2019 at 9:11 PM

    Tahu kah anda didalam Nissan Jepun ada saorang Rakyat Malaysia berkerja didalam team rekabentuk sistem robotik sebagai Senior Engineer????
    Sudah lebih dari 7 tahun beliau berkhidmat disitu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
  • Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
    Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
  • Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 Rasmi Lancar!
    Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 Rasmi Lancar!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev