• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Isuzu D-Max (2020) Serba Baharu Dikesan dengan Kabin Tambahan

#Spyshot: Isuzu D-Max (2020) Serba Baharu Dikesan dengan Kabin Tambahan

September 4, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AWAL Januari lalu tidak begitu banyak yang dapat dilihat pada model prototaip Isuzu D-Max generasi ketiga. Pada masa itu, pengeluar kenderaan komersial dari Jepun itu dikesan di Sweden sedang menguji  D-Max versi dua kabin (double-cab) 4-pintu.

Terkini, Isuzu mungkin memperkenalkan lebih banyak opsyen seperti varian kabin tambahan 2-pintu.

Berbanding D-Max, versi kabin tambahan didatangkan dengan bahagian bed lebih panjang. Namun, masih dilengkapi baris kerusi di belakang kerusi depan yang menjadikan ia kompromi ideal antara versi kabin tunggal 2-kerusi dan dua kabin 5-kerusi.

Dari segi rekabentuk, semua varian tampil sama. Walaupun bukan penampilan penuh kerana ditutupi pita hitam dan beberapa pelindung, tetapi sudah cukup memberikan bayangan tentang bentuk akhir D-Max.

Lampu utama diperbaharui, termasuk rekaan bampar dan lampu belakang. Bahagian gril kini lebih besar untuk menyerlahkan personaliti lebih gagah. Kabin D-Max serba baharu mungkin menampilkan kemas kini  kemasan material, teknologi baharu dan tahap keselesaan.

Trenkuasa Isuzu dijangka mengekalkan enjin 4-silinder 1.9L turbo diesel yang diperkenalkan pada 2017 untuk pasaran Eropah. Enjin tersebut mampu menjana kuasa 161hp dan tork 360Nm dengan pilihan transmisi automatik atau manual 6-kelajuan berserta  pacuan empat roda (4WD) standard.

BACA >>> #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

Bagi pasaran Asia, Afrika Selatan dan Australia, D-Max baharu akan meneruskan legasi enjin 3.0L turbo diesel 4-silinder dengan kemas kini kuasa. Isuzu D-Max serba baharu dijangka diperkenalkan tahun ini dan dilancarkan secara rasmi tahun depan.

BACA >>> #KLIMS2018: Isuzu D-Max Perkenal Pakej Aksesori Titanium dan Robust
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

GALERI
Isuzu D-Max Serba Baharu_8
Isuzu D-Max Serba Baharu_9
Isuzu D-Max Serba Baharu_10
Isuzu D-Max Serba Baharu_1
Isuzu D-Max Serba Baharu_2
Isuzu D-Max Serba Baharu_3
Isuzu D-Max Serba Baharu_4
Isuzu D-Max Serba Baharu_6
Isuzu D-Max Serba Baharu_7

SUMBER: CarScoops

Related

273
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin isuzu d-max facelift 2018, Foto Intip, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max (2019) UK, Isuzu Malaysia, Roda4, Spyshot, Trak Isuzu, trak isuzu malaysia, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev