• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing

#BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing

September 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Vixion (Malaysia: FZ150i) sudah lama membina kubu di Indonesia sejak 2007. Sportbike itu ialah model pertama dikeluarkan Yamaha Motor Company yang menggunakan teknologi suntikan bahan api (FI).

Casis deltabox memberikan kelebihan kepada pemilik naked bike aras mula ini untuk mengubah suai model ini mengikut cita rasa peribadi. Contoh paling mudah ialah model  Vixion (2012) milik vlogger motosikal, Rizky dari Lampung, Indonesia ini yang diubah menjadi cukup 'ganteng'.

Penggunaan saiz tayar besar langsung mengubah penampilan asal Vixion dari bentuk naked kepada sportbike fairing. Bagi merealisasikan sasaran itu, ada beberapa pilihan dipertimbangkan Rizky.

BACA >>> 5 Warna Baharu, Grafik Sporty untuk Yamaha Vixion dan Vixion R

Ini kerana banyak komponen plug-and-play (PNP) yang perlu ditelitikan Rizky supaya sesuai dan sepadan dengan jenteranya itu yang dinamakan 'Si Porong'.  Dia akhirnya memilih konsep famili Yamaha R Series (sportbike fairing) yang menawarkan banyak komponen dan barangan modifikasi menarik untuk dicubapadankan.

Rekabentuk fairing R125 digabungkan dengan kit badan penuh YZF-R15 v2.0. Bagaimanapun, lampu brek R15 2.0 tidak boleh dilakukan secara PNP kerana bahagian casis perlu dirombak.

BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!

Bagi memadankan bentuk belakang R15 kepada casis Vixion, Rizky serahkan saja kepada mekanik pakar. Dia kemudian menggunakan peg kaki asal R15, termasuk set pelana, manakala bahagian roda meminjam aksesori daripada streetbike FZ150.

Bahagian depan menggunakan replika R125 daripada hasil kerja tangan bengkel Jawa Timur AE Custom yang berharga Rp3.5 juta (RM1,040). Bagi menjadikan ia lebih sempurna dan mirip jentera asal, Rizky berjaya mendapatkan reflektor tulen R125 pada harga sama.

Inilah rupa asal Yamaha Vixion (2012).

Bahagian kaki dipasangkan rim V-Rossi 3.5-inci (depan) dan 5.5 inci (belakang), berharga kira-kira Rp2 juta (RM594) yang dipadankan set tayar Pirelli Diablo SC terpakai saiz 120 dan 190. Hasilnya, nilailah sendiri.

BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2019) - Sportbike Siri R Paling Bongsu Didedahkan
BACA >>> Yamaha Y15ZR Versi Doxou Diperkenalkan, Harga RM8,868 Sahaja - RM700 Lebih Mahal Banding Biasa!

GALERI
Yamaha Vixion Kustom_7
Yamaha Vixion Kustom_10
Yamaha Vixion Kustom_6
Yamaha Vixion Kustom_8
Yamaha Vixion Kustom_9
Yamaha Vixion Kustom_1
Yamaha Vixion Kustom_2
Yamaha Vixion Kustom_3
Yamaha Vixion Kustom_4
Yamaha Vixion Kustom_5
Yamaha Vixion Kustom_11

SUMBER: IwanBanaran

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), kustom, Modifikasi, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), R15, Yamaha, Yamaha FZ150i, Yamaha Indonesia, Yamaha Vixion, YZF R125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev