• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi, Vinales 'Luluskan' Komponen Baharu M1, Bukan Swingarm Karbon Saja yang Diuji

Rossi, Vinales 'Luluskan' Komponen Baharu M1, Bukan Swingarm Karbon Saja yang Diuji

September 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

792
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA komponen baharu Yamaha YZR-M1 diluluskan duo pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan Maverik Vinales, dan kemungkinan besar digunakan dalam perlumbaan akan datang, kata pengarah pasukan Yamaha, Massimo Meregalli.

Seiring enjin versi 2020 dikemas kini, Yamaha sekali lagi cuba melakukan kejutan menerusi pengenalan beberapa komponen baharu yang akan digunakan musim ini seperti swingarm gentian karbon, penutup aero pada roda depan (lihat foto atas), dan ekzos baharu (mirip seperti sistem Suzuki).

ekzos-baru-yamaha-m1
ekzos-baru-yamaha-m1-2

"Lebih dua hari Vale dan Maverick menguji enjin 2020 spesifikasi baharu, swingarm baharu, ekzos Akrapovic baharu dan kami turut berikan perhatian kepada aspek aero badan.

"Semua barang tu diluluskan pelumba kami dan kemungkinan besar digunakan dalam perlumbaan akan datang," kata Meregalli.

BACA >>> Mampu Pintas Semula Rins, Tapi Silap Brek, Rossi Minta Maaf Tidak Menang GP Amerika

RAIH KEPUTUSAN TERBAIK DALAM UJIAN MISANO

Rossi dan Vinales adalah kalangan pelumba yang cuba menamatkan saingan dalam ujian MotoGP di Misano dengan komponen tayar belakang ultra lembut. Hasilnya, Rossi menamatkan saingan dari kedudukan ke-13 ke tempat keempat, manakala Vinales daripada tempat ke-17 kepada posisi keenam.

Malah pelumba satelit Yamaha turut menunjukkan aksi memberangsangkan apabila rookie Fabio Quartararo mencatatkan pusingan lap terpantas, dan rakannya Franco Morbidelli di tempat ketiga. Ini bermakna semua wakil Yamaha menguasai kedudukan keenam terbaik.

Mengulas tentang prestasi M1, Rossi berkata;

"Keseluruhan ujian tidaklah teruk sangat sebab kami dapat perbaiki cengkaman roda belakang, pecutan dan aku rasa bagus, dan kami kompetitif."

Walaupun mengakui tidak tahu apakah fungsi kit aero, tetapi bagi The Doctor, komponen tersebut sangat cantik dan boleh saja dikekalkan. Perlumbaan GP Misano akan bermula 13-15 September ini.

BACA >>> Rossi: Jentera Prototaip Yamaha M1 (2020) 'Bishe-Bishe' Sahaja

SUMBER: Crash.net

Related

792
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Misano, Massimo Meregalli, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP, MotoGP 2019, Valentino Rossi, Yamaha, Yamaha YZR-M1, Yamaha YZR-M1 (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev