• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Norton Dominator Street Edisi Terhad Dilancarkan, Cuma 50 Unit dengan Harga RM112k

Norton Dominator Street Edisi Terhad Dilancarkan, Cuma 50 Unit dengan Harga RM112k

August 29, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN kejayaan Commando Street yang dilancarkan pada Oktober 2018, Norton memutuskan menghasilkan pula Dominator Street edisi terhad dengan bar tegak dan tangki buatan tangan. Cuma 50 unit dihasilkan dan setiap satu berharga £21,950 (RM112,680), manakala penghantaran dijangka bermula September ini.

Modifikasi ke atas casis Dominator memberikan prestasi pengendalian sporty apabila digabungkan dengan absorber belakang Öhlins, dan begitu juga suspensi depan dalam dua format, jenis fork terbalik (USD) atau konvensional (untuk rupa tradisional) yang masing-masing daripada jenama sama, Öhlins.

BACA >>> Norton Dedahkan 'V4RR Mini'- Superlight (2019) dengan Ekzos Versi Isle of Man TT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norton 🏁 (@norton.motorcycles) on Aug 23, 2019 at 9:48am PDT

Menyerikan rupa model edisi terhad ini ialah ekzos buatan tangan 2-to-1, dan material karbon untuk madgad (depan dan belakang), kotak udara dan visor angin dengan yok gilap, serta penutup enjin, pelindung klac lubang dan gad rantai

Enjin 961cc Parallel-Twin memberikan deruman menggetarkan kerana model ini dijual menggunakan homologasi Kelulusan Kenderaan Tunggal (SVA) yang cuma ada untuk pasaran Britain sahaja, dan tidak melepasi standard emisi Euro 5.

Selain apa disebut, kebanyakan spesifikasi asal Dominator Street kekal sama seperti model biasa dengan enjin berkuasa 78hp @ 6,500rpm dan tork 90Nm @ 5,200rpm. Dominator standard dijual pada harga £19,950 (RM102,410). Persamaan lain, kedua-dua model tersebut memang tidak dinafikan menampilkan rupa paras cukup cantik dan menawan, dengan versi Street menawarkan ekstra keselesaan.

BACA >>> Norton Selesai Siapkan Atlas Ranger dan Atlas Nomad, Pencabar Baharu Segmen Scrambler

GALERI
norton-dominator-street-limited-edition-1
norton-dominator-street-limited-edition-2
norton-dominator-street-limited-edition-3
norton-dominator-street-limited-edition-4
norton-dominator-street-limited-edition-5
norton-dominator-street-limited-edition-6
norton-dominator-street-limited-edition-7

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Norton Dominator, Norton Dominator Street Edisi Terhad, Norton Motorcycles, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev