ANTARA tahun 1955 dan 1956 enam anak muda melakukan ekspedisi pertama mereka yang dikenali sebagai The Oxford &
Cambridge Far Eastern Expedition sekali gus mencipta sejarah melengkapkan perjalanan sejauh 10,000 batu dari London ke Singapura.
Setelah 65 tahun, salah seorang ahli dari ekspedisi itu, Tim Slessor, 87 bersama pembuat filem Alex Bescoby, 31 akan memulakan kembali kembara tersebut menggunakan Land Rover Oxford (1955) yang asli bermula dari Singapura pada 25 Ogos lalu.
BACA>>>Land Rover Defender Edisi Terhad Mengancam
Kembara bersejarah itu sempat singgah di Malaysia sebelum tiba ke destinasi terakhir di London. Seperti mana sebelumnya, Slessor akan melalui tiga benua dan permukaan bumi yang mencabar antaranya hutan Malaysia dan Mynmar, kawasan gunung Himalaya utara Turki, padang pasir Timur Tengah serta lebih daipada 20 negara seperti Nepal, China, Uzbekistan dan Bulgaria.
Kembara terakhir Overland itu dirancang ketika pendedahan Land Rover Oxford (1955) asli. Model itu dipulihkan sepenuhnya dari keadaan usang dan kemudian kereta itu diangkut dari United Kingdom ke Singapura untuk pendedahan Mei lalu. Perjalanan selama 100 hari itu bakal mengulang kembali sejarah enam anak muda yang lalu.
Tim Slessor berkata dia begitu teruja disatukan kembali dengan Land Rover ‘Oxford’ lamanya. Motivasi untuk melakukan kembara itu bermula lewat Ogos lalu.
"Semakin tua saya merasakan perlu melakukannya sebelumnya terlambat kerana itulah saya di sini," jelasnya.
BACA>>>Land Rover Defender Rai Ulang Tahun ke-70 dengan Seni Salji Atas Pergunungan Alps
GALERI
Leave a Reply