• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi RS6 Avant - Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

Audi RS6 Avant - Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

August 30, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM Volkswagen Group, Audi antara subsidiari yang nampak paling selamba dan sederhana. Faktanya, di sebalik jenama itu adalah barisan model penuh karakter seperti R8 dan wagon RS6 Avant yang mewakili apa itu Audi. Nampak sederhana, tetapi penuh kuasa dan karakter!

Jika difikirkan, apakah nilai komersial tinggi dimiliki sebuah wagon dengan kuasa tinggi seperti RS6 Avant? Jawabnya, memang itulah keistimewaan Audi dalam membina nama disegani.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

Rupa luaran RS6 Avant bukan sekadar tampalan kit, itulah model Audi Sport pertama yang menggunakan bahasa rekabentuk khas untuk model RS.

Luaran wagon baharu ini mengalami transformasi menyeluruh dengan komponen RS kecuali pintu depan, bumbung dan pintu but. Satu lagi tanda wagon tersebut luar biasa ialah rim 21 inci yang siap terpasang bawah gerbang roda dengan lebar 40mm mengembang daripada badan kereta.

Tampak garang ialah lampu depan lebih tirus daripada Audi A7 RS Matrix LED dengan teknologi laser.

Menggerakkan wagon ini ialah enjin 4.0 TFSI berkuasa 598hp dan tork 800Nm @ 2,050rpm - 4,500rpm serta mampu memecut 0-100 kmj sepantas 3.6 saat, manakala kelajuan 200kmj dicapai dalam tempoh 12 saat sahaja! Kelajuan maksimum model prestasi dihadkan kepada 249kmj. Memang cukup berkuasa!

Selain enjin pembakaran dalaman, RS6 Avant ialah wagon dengan teknologi hibrid ringan (mild hybrid) berkuasa 48V. Apabila berlaku nyahpecutan ringan, tenaga boleh disimpan dalam bateri litium-ion berasingan. Keseluruhan sistem mampu menjimatkan penggunaan petrol hingga 0.8 liter per 100km untuk pemanduan harian.

Satu lagi kelebihan RS6 Avant ialah  teknologi silinder mengikut permintaan (Cylinder On Demand, COD) yang akan menyah aktif silinder 2,3,5 dan 8 pada halaju rendah hingga sederhana.

Enjin ini dipadankan transmisi 8 kelajuan tiptronik dengan Kawalan Luncur (Launch Control). Sistem pacuan semua roda (AWD) Quattro sepenuh masa berfungsi membahagikan kuasa kepada gandar depan dan belakang mengikut nisbah 40:60.

BACA >>> AddArmor APR Audi RS7 - Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

Dari segi pengendalian, pemandu boleh memilih mod pacuan mengikut kondisi pemanduan diinginkan seperti Comfort, Auto, Dynamic, Efficiency dan pilihan personal menerusi mod RS1 dan RS2. Dalam dua mod ini, pemandu juga boleh memilih bunyi ekzos yang sepadan dengan kuasa V8 atau menderum sederhana sahaja.

Satu lagi keterujaan, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) RS6 Avant mempunyai mod sport dan boleh dinyahaktifkan sepenuhnya.

Selari karakter sport, badan RS6 Avant adalah 20mm lebih rendah berbanding A6 Avant dengan suspensi standard. Apabila dipandu pada kelajuan 119kmj ke atas, badan kereta akan direndahkan lagi kepada 10mm, manakala pada kelajuan perlahan, pemandu boleh meninggikan kereta kepada 20mm melalui fungsi mod angkat (lift).

Penggunaan suspensi udara sport membolehkan pemandu membuat pilihan memandu untuk keselesaan atau prestasi maksimum.

Keempat-empat bahagian roda Audi menggunakan rim aluminium tempa paten 10 rongga 21 inci dengan padanan tayar 275/35. Pada masa akan datang, pembeli varian Vorsprung ditawarkan rim RS khas paten V 22 inci dengan tayar 285/30. Berselindung di sebalik rim besar ialah brek seramik khas yang dibangunkan untuk model RS. Brek ini 34kg lebih ringan berbanding brek logam.

Apabila berbicara mengenai prestasi, RS6 Avant masih lagi kereta famili, ruang but menawarkan ruang kargo seluas 565 liter dan boleh ditambah menjadi 1,680 liter apabila kerusi penumpang direbahkan.

BACA >>> Audi SQ8 TDI - SUV Dwi Turbo Diesel Berkuasa 433hp dan Pecutan Maksimum 249kmj!

GALERI
Audi RS 6 Avant.01
Audi RS 6 Avant.02
Audi RS 6 Avant.03
Audi RS 6 Avant.04
Audi RS 6 Avant.05
Audi RS 6 Avant.06
Audi RS 6 Avant.07
Audi RS 6 Avant.08
Audi RS 6 Avant.09
Audi RS 6 Avant.10
Audi RS 6 Avant.11
Audi RS 6 Avant.12

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi A6 Avant, Audi RS 6 Avant, Audi RS6 Avant, Roda4, Volkswagen Group, Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev