RAMAI bersedih apabila Suzuki memutuskan akan menamatkan legasi superbike legenda, Hayabusa di pasaran menjelang penghujung tahun ini gara-gara syarat emisi yang tidak dapat dipenuhi pengeluar motosikal dari Jepun itu.
Namun di sebalik kesedihan tersebut, bocor satu lakaran paten di media sosial yang dipercayai model Hayabusa baharu, juga terkenal dengan julukan 'god of wind' (dewa angin).
BACA >>> Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?
Lakaran tersebut mendedahkan imej frem aluminium ganda dalam rupa lebih kecil dan ringan berbanding versi terdahulu. Trenkuasa pula dipercayai mengekalkan enjin sebaris 4-silinder 1,340cc yang khabarnya dilengkapkan teknologi tambahan dan bahagian kepala silinder diubah suai.
Imej turut menunjukkan sistem ekzos yang ditambah baik bagi memenuhi piawaian emisi masa kini.
Laporan terdahulu mendakwa paten Hayabusa sebelum ini menunjukkan ada kemungkinan model tersebut didatangkan dalam dua versi transmisi pada masa akan datang, iaitu kotak gear semi-automatik dan klac manual.
Bagaimanapun, semua itu berita tersebut masih berstatus khabar angin. Suzuki sendiri belum mengumumkan sebarang maklumat tentang model baharu berkenaan, tetapi ramai percaya itu ialah Hayabusa generasi baharu yang akan diperkenalkan menjelang 2021.
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas
BACA >>> Suzuki Dapat Trademark Logo '隼', Model Baharu Hayabusa Bakal Menjelma?
Leave a Reply