LAGI mimpi buruk buat adinda Marc Marquez. Selepas dipintas Andrea Dovizioso di selekoh akhir pada aksi GP Austria beberapa minggu lalu, kali ini situasi sama berlaku lagi. Bezanya, kini giliran pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins pula melakukannya di GP British dengan beza masa cuma 0.013 saat sahaja!
Menamatkan saingan podium di belakang Rins dan Marquez ialah Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) yang turut sama bersaing rapat dengan dua lawannya itu, tetapi semakin dijarakkan apabila pusingan semakin habis. Kekanda Valentino Rossi yang beraksi mantap pada pusingan kelayakan terpaksa berpuas hati di belakang rakan pasukannya di kedudukan ke-4.
BACA >>> Mampu Pintas Semula Rins, Tapi Silap Brek, Rossi Minta Maaf Tidak Menang GP Amerika
Aksi di Silverstone turut menyaksikan beberapa pelumba tersingkir keluar yang mana pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang juga rookie MotoGP, terbabit kemalangan teruk dan turut melibatkan pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Pelumba Red Bull KTM Factory, Johann Zarco bertembung dengan Miguel Oliveira ketika cuba memintas rakan pasukan satelit itu sebelum kedua-duanya terkeluar.
GP British turut menyaksikan pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo kembali beraksi selepas bercuti akibat kemalangan, manakala pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir masih berehat berikutan kecederaan semasa aksi di Brno dan digantikan pelumba uji Suzuki, Guintoli.
BACA >>> Dovi Gagalkan Hasrat Marquez Lengkapkan Kemenangan di Semua Litar MotoGP
Pelumba negara, Hafizh Syahrin menamatkan saingan di tempat ke-13, di atas Lorenzo, juga antara pencapaian terbaik dilakukannya setakat musim ini.
KEPUTUSAN GP BRITISH 2019
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 40m 12.799s
- Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +0.013s
- Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +0.620s
- Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +11.439s
- Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +13.109s
- Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +19.169s
- Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +19.682s
- Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) +20.318s
- Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16) +21.079s
- Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +25.144s
- Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* +40.317s
- Sylvain Guintoli FRA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +45.478s
- Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) +54.783s
- Jorge Lorenzo SPA Repsol Honda (RC213V) +56.651s
- Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) +89.282s
- Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP18) +91.716s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +100.420s
- Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* DNF
- Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
- Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)* DNF
- Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) DNF
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply