UJIAN memandu menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bakal menggantikan ujian memandu konvensional yang memerlukan kehadiran pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebelah pemandu, menurut laporan TheStar.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kementeriannya sangat menyokong sistem ujian elektronik, tetapi beberapa perkara perlu dilakukan sebelum diluluskan.
"Suatu hari nanti, e-ujian akhirnya akan menggantkan ujian fizikal manual.
"Bagaimanapun, institut memandu perlu melepasi beberapa proses untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksanakan," kata Loke dalam sidang media di Pulau Pinang, Jumaat lalu.
BACA >>> Baru Lulus Ujian Memandu Tidak Sampai Sejam Sudah Kena Gantung Lesen
Menurut Loke, pelaksanaan sistem e-ujian itu bukan keperluan yang mendesak dan kementerian tidak tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Namun, apabila sudah dibuat sepenuhnya, tiada lagi campur tangan pegawai pemeriksa daripada JPJ.
"Tiada lagi pegawai JPJ duduk di sebelah pemandu untuk memeriksa. Sebaliknya digantikan dengan sensor dan kamera di trek dan dalam kereta. Kita akan pergi peringkat ke peringkat. Kita masih pada tahap awal, kemudian baru kita akan benarkan kedua-dua kaedah, e-ujian dan manual.
"Ada institut memandu di kawasan pedalaman tiada Internet atau sambungan lemah yang mana sistem tidak dapat bekerja. Institut memandu mesti mohon secara rasmi kepada JPJ untuk guna sistem tersebut, bentangkan konsep, buat ujian pilot, uruskan ujian penerimaan pengguna dan ujian penerimaan akhir sebelum sistem berkenaan diluluskan.
"Ia mesti melepasi piawaian ditetapkan JPJ," kata Loke.
BACA >>> Kajian: Remaja Britain Tidak Mampu Bayar Lesen Memandu (Mahal Sangat!)
Menurutnya, apabila sistem berkenaan diluluskan, e-ujian itu nanti dapat menjimatkan masa dan sumber untuk JPJ. Ia juga akan disepadukan dengan sistem mySIKAP di JPJ dan pemandu boleh terus mengambil lesen memandu sebaik saja lulus ujian.
"Ia cuma ada lulus atau gagal. Jika tidak gembira dengan keputusan, mereka boleh cabar dan lihat rakaman kamera," katanya lagi.
Pengguna says
Macam2 la buat la apa2 jnji korg happy lepas nie jpj ramai la berenti dh smua pakai komputer dh
Jamal says
Buat ja lah apa y korang nak buat dalam tempoh 4 tahun ni...hahaha...tak habis2 susahkan rakyat..