• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Spyshot: Betulkah KTM Hasilkan 890 Duke?

Spyshot: Betulkah KTM Hasilkan 890 Duke?

August 23, 2019 By Aryon Leave a Comment

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM khabarnya bakal mengeluarkan model baharu, dipercayai pengganti 790 Duke berdasarkan beberapa foto intip yang disiarkan portal permotoran Eropah. Menurut laporan, model baharu ini mempunyai deruman enjin unik yang lebih jinak berbanding 790 Duke dan juga mesra rev.

Ada juga mendakwa itu cuma jentera ujian sistem ABS dan kawalan traksi untuk 790 Duke baharu berdasarkan kit data yang diusung belakag pelana. Ada kebarangkalian juga jentera itu nanti akan tampil berbeza berbanding apa yang dilihat.

Pengeluar motosikal persendirian dari Jerman, Krämer Motorcycles pernah menghasilkan dan menjual jentera GP2, dipanggil Krämer GP2R (foto atas) yang menggunakan enjin Parallel-Twin milik KTM sebagai trenkuasa. Spesifikasi jentera berharga €29,990 (RM139,000) itu meletakkan 890cc sebagai angka sesaran enjin bersama ledakan kuasa setinggi 130hp.

BACA >>> GP2R - Jentera Lumba dengan Enjin KTM 790 Duke, Harga RM138k

KTM 790 DUKE (2019)

Jadi mungkinkah KTM bakal memperkenalkan model sesaran baharu berkapasiti 890cc? Prestasi dihasilkan mungkin 10 peratus lebih berkuasa berbanding 790 Duke dengan tork dipertingkat. Bagaimanakah pula dengan syarat emisi Eropah yang bakal menyekat potensi sebenar model baharu itu dan mungkin perlu direndahkan kuasa?

Apapun keputusan KTM, segala persoalan mengenai imej intip didedahkan dikatakan bakal terjawab pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, November ini.

SUMBER: VisorDown

Related

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Foto Intip, Krämer Motorcycles, KTM, KTM 790 Duke Baharu, KTM 890 Duke?, roda2, Spyshot, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my