• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

August 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA dan Daihatsu dijangka mengumumkan dan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu pada 5 November ini.

Daihatsu dilaporkan bertanggungjawab dalam urusan pembangunan dan pengeluaran, termasuk pembekalan SUV kompak baharu itu kepada Toyota. Jadi model tersebut boleh dijual di bawah jenama Toyota dan Daihatsu.

Bagaimanapun nama model tersebut masih belum diketahui. Malah wakil jualan Toyota dan Daihatsu tidak dimaklumkan sekiranya SUV itu kekal menggunakan nama sedia ada, iaitu Toyota Rush dan Daihatsu Vigo, atau diberikan nama baharu.

BACA >>> GIIAS2019: Daihatsu HYFun - Model Konsep Hibrid dengan Ciri Pengecaman Wajah

Buat masa ini, Toyotan meletakkan kod nama A-SUV, manakala Daihatsu menggunakan DN Trek, dan diumumkan pada Pameran Motor Antarabangsa Tokyo (TIMS) 2019 lalu. Ya, sejak awal Ogos lalu Toyota Japan sudah melancarkan kempen debut model baharu itu kepada beberapa rangkaian sekutu mereka.

Beberapa maklumat turut diperoleh, seperti dimensi A-SUV yang memiliki panjang 3,995mm, lebar 1,695mm, dan tinggi 1,620mm, serta jarak roda 2,525mm. Sebagai perbandingan, SUV ini lebih panjang dan lebar daripada Suzuki Jimny serta lebih rendah.

BACA >>> SUV Subkompak Penuh Dramatik, Citroen C3 Aircross Lancar di Malaysia, Harga RM115k

Dengan dimensi kompak, A-SUV dan DN-Trec bakal dipacu trenkuasa kecil, 3-silinder 1L Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan kotak gear CVT dalam dua pilihan pacuan, roda depan (FWD) atau empat roda (4WD).

Khabarnya, SUV ini juga akan dilengkapkan ciri bantuan pemandu Next Generation Smart Assist. Ada lapan pilihan warna ditawarkan, dan tampil dengan gril paten sarang lebah bersama set lampu utama LED panjang, termasuk lampu belakang.

BACA >>> Ford Puma (2020) - SUV Kecil 1.0L dengan Ciri Keselamatan Tinggi

Tentang harga, dua model itu khabarnya akan dijual antara 1.8 juta yen - 2.15 juta yen (RM70,590-84,320). Bagi versi Toyota, mereka mensasarkan jualan 5,000 unit per bulan, manakala Daihatsu dalam 1,000 unit per bulan.

Mungkinkah model itu menandakan 'Perodua Kembara' akan muncul semula?

GALERI
Daihatsu DN Trek_7
Daihatsu DN Trek_4
Daihatsu DN Trek_3
Daihatsu DN Trek_6
Daihatsu DN Trek_8
Daihatsu DN Trek_9
Daihatsu DN Trek_2
Daihatsu DN Trek_1
Daihatsu DN Trek_5
SUMBER: BestCarWeb

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu DN Trek, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak, tokyo motor show, Toyota, Toyota A-SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev