• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Yoshimura Ohvale RS-9T - Ekzos Khas untuk Superbike Trek Mini, Ohvale GP-0 190

Yoshimura Ohvale RS-9T - Ekzos Khas untuk Superbike Trek Mini, Ohvale GP-0 190

August 21, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


OHVALE GP-0 ialah jenama projek motosikal dari Itali yang dibangunkan pakar industri Valerio Da Lio dengan kepakaran lebih 30 tahun. Produk dihasilkan ialah model konsep baharu yang bukan pocket bike, GP mini atau pir bike. Sebaliknya motosikal  yang menawarkan tunggangan menyeronokkan dan mudah dengan gaya lumba yang hanya mampu dimiliki penunggang profesional.

Menariknya, pengeluar ekzos terkenal, Yoshimura berkenan untuk menghasilkan sistem ekzos dalam barisan produk Titanium Race Series untuk Ohvale GP-0 190, dinamakan Yoshimura Ohvale RS-9T.

Walaupun Ohvale sudah siap memadankan produk mereka dengan jenama ekzos lain, tetapi itu tidak menghalang pasukan R&D (kajian dan penyelidikan) Yoshimura mengkaji tentang jentera trek itu. Selain mampu meningkatkan prestasi, produk ekzos tersebut mampu menghasilkan deruman bunyi khas mengasyikkan

Material Yoshimura Ohvale RS-9T menggunakan aloi titanium ringan diimport dari Jepun, dan kemudian ditambah mufler RS-9T yang terbukti mampu menawarkan prestasi hebat. Hasilnya, kuasa kuda jentera ini mampu ditingkatkan sebagai 33.3 peratus, manakala tork 24.3 peratus, angka yang cukup besar buat sebuah motosikal mini.

Menariknya, sistem ekzos ini membenarkan pemilik menala bunyi dan hantaran kuasa dengan lima opsyen berbeza mengikut cita rasa dan keperluan tunggangan. Berat ekzos juga ringan, cuma 2kg sahaja untuk keseluruhan sistem yang dipasang.

Ekzos ini juga muat untuk dipasangkan pada model Ohvale 110. Yoshimura Ohvale RS-9T dijual pada harga AS$699.99 (RM2,920).

GALERI

SUMBER: Yoshimura

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, EcoSport Titanium, ekzos, OHVALE GP-0, Ohvale GP-0 190, sistem ekzos, yoshimura, Yoshimura Ohvale RS-9T

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev