• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Weststar Maxus G10 - Model MPV Mewah 10 Tempat Duduk

Weststar Maxus G10 - Model MPV Mewah 10 Tempat Duduk

April 18, 2016 By Abang GYL 2 Comments

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Weststar Maxus G10_2016_Pandulajudotcomdotmy (1)JIKA anda sedang mencari MPV mewah tetapi dijual pada harga mampu milik, Weststar Maxus G10 mungkin adalah pilihan terbaik.

Memahami keperluan keperluan itu, Weststar Maxus Sdn Bhd memperkenalkan model MPV mewahnya G10 ke pasaran tempatan.

Model MPV 10 tempat duduk itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Luxury dan Sport.

HARGA: (Atas jalan tidak termasuk insurans)

  • Weststar Maxus G10 Luxury - RM136,000
  • Weststar Maxus G10 Sport - RM139,888

3 PILIHAN WARNA:

  • Emas (Champagne Gold)
  • Putih (Blanc White)
  • Hitam (Obsidian Black)

Kedua-dua varian ini didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun dan percuma servis bagi tahun pertama.

Weststar Maxus G10
PRESTASI:

Aspek prestasi, model yang dipasang sepenuhnya (CBU) dari Shanghai, China itu dipadankan dengan unit enjin 2.0 L  TGI pengecas turbo.

Hasil bantuan kotak gear automatik ZF 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 225hp pada 5,500rpm dan tork 345Nm (4,000rpm).

Weststar Maxus G10_Pandulajudotcomdotmy (1)LUARAN:

Sekali imbas, paras rupa Weststar Maxus G10 tidaklah begitu menarik jika mahu dibandingkan dengan pencabarnya (Hyundai Starex).

Ia didatangkan dengan gril hadapan dengan kemasan krom, lampu utama Xenon HID, lampu belakang LED, lampu kabus dan dua pintu gelongsor.

Weststar Maxus G10_Pandulajudotcomdotmy (8)
Weststar Maxus G10_Pandulajudotcomdotmy (6)
Weststar Maxus G10_Pandulajudotcomdotmy (7)
Weststar Maxus G10_Pandulajudotcomdotmy (4)

DALAMAN:

Ruangan dalaman memiliki ciri mewah. Antara ciri-ciri dalaman adalah penghawa dingin zon berkembar suhu automatik, sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup, bumbung panoramik, tempat duduk kulit, kamera undur dan ruangan hiburan LCD bersaiz 7-inci.

Weststar Maxus G10_Pandulajudotcomdotmy (9)KESELAMATAN:

Persepsi ramai menyatakan jenama dari China pasti tidak berkualiti dan kurang selamat. Jika mempunyai tanggapan seperti itu, anda silap. Weststar Maxus G10 hadir dengan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Program kestabilan Elektronik (ESP).

PERANCANGAN CKD:

Menurut Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, pihaknya merancang memasang Maxus G10 di Malaysia pada September 2016.

Ia juga bakal dieksport ke pasaran ASEAN pada 2017 di mana Indonesia menjadi negara pertama menerima Maxus G10 versi CKD.

Untuk servis selepas jualan pula, Weststar memiliki 15 pengedar dan 32 pusat servis seluruh negara.

Related

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hyundai Starex, Maxus G10, MPV Mewah, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, Weststar Group, Weststar Maxus G10

Comments

  1. Sakinah says

    July 17, 2016 at 1:43 PM

    Kalaulah Maxus G10 ini mempunyai ruang tempat duduk tambahan baris kedua dan ketiga, pastinya menjadi pilihan pertama sebelum Hyundai Starex.

    Ciri-ciri tempat duduk tambahan pada Starex bersesuaian apabila membawa anak-anak yang masih kecil dan juga keluarga yang besar untuk berjalan-jalan ke destinasi dengan lebih selesa.

    Harap dapat pertimbangkan ciri tempat duduk tambahan sebelum keluarkan model ini di Malaysia.

    Reply
  2. Zul says

    December 10, 2016 at 8:33 PM

    Warna trmpat duduk Perlu lebih sesuai dgn cita rasa rakyat Malaysia.....Warna terlalu cerah cepat kotor

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev