• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Grand i10 Nios Lancar di India, Harga Bermula RM29k

Hyundai Grand i10 Nios Lancar di India, Harga Bermula RM29k

August 21, 2019 By Han Othman Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Grand i10 generasi ketiga, dipanggil Nios baru saja dilancarkan di India dalam 10 versi, termasuk 7 varian petrol dan 3 diesel dengan enam pilihan warna: merah, putih, kelabu, biru dan biru iridesen. Atas jalan, model subkompak ini akan bersaing dengan Suzuki Swift

Grand 10 Nios mempunyai dimensi panjang 3,802mm, lebar 1,680mm dan tinggi 1,520mm, lebih besar berbanding Grand i10. Rupa depan menampilkan lampu utama baharu dan gril lebar dengan lampu siang (DRL) bentuk bumerang. Bampar depan turut dinaik taraf.

BACA >>> Hyundai Tunjuk Lakaran i10 Menjelang Debut Rasmi di Frankfurt

Garis badan sisi Grand i10 Nios membuatkan model ini nampak lebih maskular. Lampu belakang menggunakan teknologi LED. Kemasan dalaman turut dinaiktaraf, lebih baik berbanding Grand i10 yang dapat dilihat pada sistem infotainment (menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, tetapi tiada BlueLink seperti Venue), roda stereng yang dipinjamkan daripada Venue, dan kawalan sistem penyaman udara menggunakan tombol putar.

Rekabentuk kluster turut diperbaharui supaya nampak cantik. Grand i10 Nios kini dilengkapkan dengan pengecas fon wayarles, penulen udara, dan penyaman udara automatik.

Trenkuasa Grand i10 Nios dijana enjin sama seperti Grand i10, petrol VTVT 1.2L berkuasa 82hp dan tork 114Nm, dan diesel U2 CRDi 1.2L berkuasa 74hp dan tork 190Nm. Kedua-dua varian enjin didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan semi-automatik (AMT) 5-kelajuan.

Di India, Grand i10 Nios dijual pada harga bermula 4.99 lakh (RM29,190) hingga 7.13 lakh (RM41,710) untuk varian petrol, dan 6.70 lakh (RM39,190) hingga 7.99lakh (RM46,740) untuk varian diesel. Grand i10 adalah antara model hatchback popular di India, manakala di Vietnam, model ini menerajui pasaran segmen-B.

BACA >>> Hyundai UK Lancar 4 Model Edisi Khas - Go! SE Sempena Piala Dunia 2018

GALERI

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback subkompak, hyundai, Hyundai Grand i10 Nios, Hyundai India, Roda4, Segmen B, subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev