• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ 'Coolant' Ada Macam-Macam Warna?

#TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ 'Coolant' Ada Macam-Macam Warna?

August 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN anda tertanya atau pernah terfikir, kenapakah bendalir penyejuk atau coolant mesti berwarna?

Sedikit definisi ringkas, coolant ialah jenis bendalir untuk kenderaan pembakaran dalaman, biasanya berasaskan air, yang dicampurkan bersama air biasa bagi tujuan menyejukkan enjin daripada situasi panas lampau (overheating). Coolant akan dikitarkan ke blok enjin menerusi radiator dan ia bekerja sepanjang enjin beroperasi. Di negara empat musim, coolant juga berfungsi mengelak air membeku ketika musim sejuk.

Tentang warna pula, sebenarnya warna coolant bukan sekadar visual, tetapi ada kegunaannya. Hmm, apakah pula kegunaannya selain supaya nampak cantik dipandang ketika dituang?

SETIAP PENGELUAR BERBEZA WARNA?

Sebenarnya, warna coolant turut mewakili identiti pengeluar dan setiap pengeluar cuba menghasilkan warna coolant berbeza. Ada hijau, kuning, biru dan merah. Malah, setiap warna pun lain-lain kepekatannya. Jawapan kepada soalan kenapa coolant diberikan warna adalah untuk memudahkan ia dibezakan dengan bendalir enjin lain.

Kegunaannya pula, sekiranya berlaku kebocoran melibatkan coolant, mekanik dapat terus mengenal pasti punca tersebut berdasarkan warna bendalir sama ada itu adalah minyak, air biasa atau bendalir penyejuk aka coolant daripada radiator.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Coolant Enjin Sangat Penting?

TIADA KAITAN ANTARA WARNA DAN KUALITI

Warna dinyatakan di atas (hijau, kuning, biru dan merah) adalah paling banyak digunakan pengeluar untuk produk mereka. Apa yang perlu diketahui, perbezaan warna coolant tiada kaitan dengan kualiti dan fungsi bendalir kerana  ia cuma pewarna.

Jadi tidak perlulah kita bercakap dan bertengkar mengatakan coolant merah pekat itu lebih bagus, atau coolant kuning itu lebih sejuk.

BACA >>> Kenal Pasti Bendalir Apa yang Bocor Bawah Kereta Anda

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: air radiator, Auto Terkini, autotainment, Bendalir Penyejuk, cara tukar coolant, coolant, coolant enjin, Kenapa Coolant Ada Warna, Penyejuk Enjin, tahukah anda, TahukahAnda, Warna Coolant

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my