• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Modifikasi Enjin KTM 390 Duke untuk Suzuki Raider 150 Fi

#BikinMotor: Modifikasi Enjin KTM 390 Duke untuk Suzuki Raider 150 Fi

August 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 390 Duke mencetuskan revolusi baharu dalam segmen naked bike di India, dan banyak negara dunia. Namun di Filipina, peminat motosikal negara itu melangkah lebih jauh ke depan apabila menjadikan trenkuasa 390 Duke untuk dipadankan dengan kapcai Suzuki Raider 150 Fi. Pelik tapi benar!

390 Duke dikuasakan enjin silinder tunggal 373.2cc DOHC penyejukan cecair dengan transmisi 6-kelajuan berserta klac anti gelincir (A&S) sliper. Enjin inilah yang dipasangkan pada Raider 150i. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada unit A&S turut dipindahkan sekali.

Selain itu, juga tidak diketahui sama ada casis asal Raider 150 Fi ini turut berubah untuk menampung berat dan saiz enjin baharu.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Thunder 125 dengan Gaya Brat+Tracker Retro

Ini bukan kali pertama motosikal bersesaran kecil dirombak casis untuk menampung enjin penderma yang lebih berkuasa. Enjin asal Raider 150 Fi ini pun bukan sembarangan juga, 147.3cc DOHC, 4 injap dengan nisbah mampatan 11.5:1.

Jika mahu mengetahui tingginya nilai 'sport' nisbah mampatan Raider 150 Fi, bandingkan saja dengan Yamaha R15 v3, iaitu 11.6:1. Selain itu, enjin 390 Duke untuk Raider 150 Fi turut disempurnakan dengan ekzos Akrapovic untuk deruman lebih bertenaga.


390 DUKE BAHARU SEDANG DIUJI?

KTM kini khabarnya sedang membangunkan 390 Duke versi kemas kini yang mana prototaip model itu sedang ditunggang uji di Jerman, baru-baru ini.

Unit ujian tersebut didatangkan dengan frem baharu, swingarm dan subfrem belakang. Model versi kemas kini itu dilaporkan akan menggunakan trenkuasa baharu dengan ambilan lebih besar dan ekzos manifold yang direka semula. Ini akan membantu memenuhi syarat ketat emisi Euro 5.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

GALERI

SUMBER: Indianautosblog

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, KTM, KTM 390 Duke, kustom, Modifikasi, roda2, Suzuki, Suzuki Filipina, Suzuki Philippine, Suzuki Raider 150, Suzuki Raider 150 Fi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my