• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Timbus Kereta Makwe dengan Tanah Kerana Geram Cintanya Ditolak

Lelaki Timbus Kereta Makwe dengan Tanah Kerana Geram Cintanya Ditolak

August 18, 2019 By Azhan O Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan polis dan diperintahkan membayar ganti rugi bernilai AS$8,000 (RM33,400) kerana menimbus tanah ke atas kereta teman wanita selepas cintanya ditolak.

Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu apabila suspek Hunter Mills, 20, bertindak menuang tanah ke atas bumbung dan dalam kabin kereta teman wanitanya yang turut berada dalam kenderaan tersebut.

Menurut laporan, beberapa minit sebelum kejadian, Mills ada berjumpa teman wanitanya itu dan mereka berdua kemudian bertengkar sebelum dia membuat kerja gila dengan menuang timbunan tanah ke atas bumbung dan ruang kabin mangsa.

BACA >>> Selepas Teruk 'Kena Bahan', Giliran Shuib Pula Tayang YSuku Power dan Sindir Zizan

lelaki-florida-putus-cinta-1
lelaki-florida-putus-cinta-2

Tindakan itu bukan saja mengotorkan ruang dalaman dan luaran kereta mangsa, tetapi turut merosakkan sistem penyaman udara, dan tingkap kuasa dengan kerugian dianggarkan mencecah AS$8,000 (RM33,400)! Mujurlah tiada sebarang kecederaan menimpa gadis malang tersebut.

Walaupun tidak menyebabkan kecederaan, Mills tetap akan berdepan tuduhan jenayah. Lebih mengharukan, kereta Cadillac mangsa itu sebenarnya ialah kereta sewa yang pastinya menambahkan lagi jumlah ganti rugi yang perlu dibayar. Suspek kini dibebaskan buat sementara dengan ikat jamin AS$1,000 (RM4,180).

BACA >>> Lelaki Rusia Berang Kereta Kena Tunda, Buat Aksi Lagak Ngeri Pandu Turun Sendiri

Kepada kaum hawa di luar sana, berhati-hatilah saat bercinta dan janganlah mempermain-mainkan perasaan si lelaki yang tengah gila bayang. Kepada lelaki pula, bersabarlah dan berfikirlah secara rasional. Ingatlah pepatah agung zaman-berzaman yang menyebut, bunga bukan sekuntum!

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Cinta Ditolak, Florida, Hunter Mills, Putus Cinta, Ragam Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev