• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?

Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?

September 11, 2019 By Admin PanduLaju 29 Comments

17.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI memang banyak terima aduan pasal isu harga motosikal, terutama segmen kapcai dan skuter di Malaysia. Antaranya ialah model skuter sport, Yamaha NVX 155. Selain harga, aduan lain paling kerap sampai ke peti 'PM tepi' kami  ialah masalah stok dan pilihan warna terhad.

Mungkin anda menganggap portal automotif seperti kami sudah serba tahu pasal apa saja selok-belok pasaran jual beli motosikal di Malaysia. Jawapannya, tidak guys! Isu seperti ini memang sangat rumit untuk dihuraikan hingga sampai ke tahap yang boleh kita katakan sebagai, TIADA PENYELESAIAN!

BACA >>> Yamaha NVX (2019) Kini Berwarna Baharu - Harga Naik Sikit Saja, RM9,988

Jadi kepada pembaca PanduLaju, khususnya peminat ArenaPermotoran, anda mungkin sudah boleh lupakan semua hal 'PM Tepi' untuk bertanyakan soalan yang bukan dalam jangkauan kerja kami seperti harga motor, bayaran bulanan atau berapa duit deposit beli moto!

Ye la, saya bukan salesman, reporter cabok saja, dan tidak semua jawapan ada dalam poket kami!

SURVEI MENCARI NVX 155

Ini ialah hasil tinjauan khas kami ke atas model NVX 155 berwarna kuning yang dilakukan selama sebulan. Pengalaman sebulan itu jugalah buatkan saya faham pasal situasi dirasai pembeli skuter itu, termasuk juga kapcai-kapcai, terutama bila sudah termasuk dalam senarai popular.

Lebih-lebih lagi apabila berhajat mahu membeli model Yamaha jenis terhangat di pasaran yang bolehlah diibaratkan seperti mencari calon isteri solehah di kelab malam. Memang payah dan semacam buang masa saja, atau boleh dikatakan mustahil!

Kalau sudah berjumpa dengan NVX kuning, masalah harga pula yang datang. Kita kena cuba untuk dapatkan harga ideal di pasaran kerana setiap kedai motor tidak meletakkan tanda harga sama. Boleh dikatakan memang mustahil untuk kita dapat beli NVX kuning pada harga RM10,500!

HARGA 'TEL AVIV!'

Berdasarkan tinjauan rawak di kedai motor, secara purata kedai motor meletakkan harga NVX 155 kuning (Active Yellow) lebih kurang RM12,500 dan 2 bulan tempoh menunggu. Harga tersebut lebih mahal berbanding dua warna lain: biru (Race Blu) dan merah (Fiery Red). Rasanya, anda pun tahu kenapa. Permintaan tinggi! Mungkin sebab warna kuning kerap dikaitkan dengan kelajuan.

Daripada 10 kedai motor, hanya satu premis saja (di Pantai Timur) yang ada stok NVX kuning. Itupun harga cecah RM13,300 (gulppp...). Harga paling murah sepanjang survei saya ialah RM11,900, tetapi kenalah sabar menunggu lima pembeli dalam senarai. Lagi satu, perlu bayar cash!

BACA >>> #Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Yamaha NVX 155 Ini Pikat Hati Anda?

BERAPAKAH KEDAI MOTOR UNTUNG?

Keuntungan kedai motor juga tinggi, hampir 30 peratus daripada harga cadangan jualan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), iaitu RM 9,988 yang sebenarnya sudah pun diperuntukkan jumlah keuntungan. Alasan yang sering kita dengar daripada kedai motor ialah margin motosikal cc kecil saja, iaitu 5 peratus, dan kurang masyuk.

Jadi komisen yang diterima daripada HLYM untuk NVX 155 adalah sekitar RM499 (RM9,988 x 5%) bagi setiap unit. Jadi, di sinilah berlaku situasi mark up harga lebih tinggi.

Berikut contoh pengiraan jumlah keuntungan yang diperoleh kedai motor selepas markup:

MODEL: Yamaha NVX 155 (kuning) - RM13,300 (harga Pantai Timur)

  • Komisen Yamaha: RM9,988 x 5% = RM499.40
  • Untung Harga Mark Up: RM13,300-RM9,988= RM3,312
  • Untung Bersih 1 Unit: RM3,312 + RM499.40 =  RM3,811.40

Jadi, bayangkanlah berapa kedai motor untung jika mereka dapat menjual 10 unit motor NVX.

PEMBELI DIANIAYA?

Ini bukan cerita baru. Kata orang, sejak zaman Tok Kadok lagi. Kenapa tanda harga motosikal masih tidak dapat dibuat sama seperti harga kereta yang dijual mengikut harga cadangan pengeluar.  Sampai bilakah pengguna motosikal akan berterusan dianiaya dengan isu ini? Di manakah hak pembeli?

Logiknya,  isu harga mark up ini  tidak boleh berlaku apabila melibatkan jual beli tunai kerana ini jelas satu kesalahan mengikut akta pencatutan. Tetapi apa mampu kita buat?

Boikot? Lupakan...

BACA >>> Honda Vario 150 Kini di Malaysia, Harga Bermula RM7,199 - Mampukah Cabar Yamaha NVX 155?

- AI

Related

17.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Sembang Deras Tagged With: Harga, Hong Leong Yamaha Motor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, skuter, skuter super sport, skuter yamaha nvx 155, Yamaha, Yamaha NVX (2019), Yamaha NVX 155

Comments

  1. Loceng says

    September 12, 2019 at 7:26 AM

    Ape lagi yg kami sbg pembeli boleh buat, bro? Bukan takat Yamaha, yg lain pun tu. Tambah lagi pembeli kt Sabah Swk kene tambah lagi rm1k berbanding dgn Malaya atas alasan delivery. Kes in point: cuba check harga leoncino 250 antara 2 benua ni. Manufacturer rrp rm14999 tp kt Sek RM17900 cash. Nak mengadu kat sape??

    Reply
    • Along says

      December 11, 2019 at 9:41 AM

      Sbnrnya buyer kena pandai bermain tawar harga. Sy pernah soalkan pada kedai. Jika pembeli loan. Mereka dh dpt loan sbyk yg dia nak rm13500 tp msih kena tunggu smp sebulan. Utk apa bg duit free kt mereka sedangkan mereka bukan ambil motor guna modal dulu. Buyer dh dpt loan, br mereka oder. Bulat bulat makan smp 4k duit org. Pembeli sbaiknya trus je servey kedai yg btul2 ready stok samaada loan atau cash. Jika tiada ready stok maki je kedai tu. Untung atas angin mcm tu je.
      Jika motor ready stock yg mereka dh bayar dlu kt hly lpstu nk jual brp kita xde la kisah sgt. Ni dah sama mcm tlg belikan tp caj punya la mahal.

      Reply
    • Abdul Razak Abdul Rahman says

      December 16, 2019 at 12:06 AM

      yang ramai pakai motor adalah melayu kelas menengah dan bawah ... gang banyak duit pun ada macam artis pun ada, ..tapi majority yang guna motor pergi kerja cari rezeki memang melayu. .... menteri ada kuasa kan ...tapi dia lena diulit intan ...dia tak pandang rakyat terbanyak ...PRU15 kita ajar menteri dan kerajaan yang syok sendiri .... cuba korang tengok harga big bike dan kereta ... boleh pulak harga standard ...beza sikit sebanyak pada interest rate and free gift .... harga motor cc kecil macam yahudi ...susah dan tindas rakyat ..

      Reply
  2. Muhd Sam says

    September 12, 2019 at 3:28 PM

    Sepatutnya syarikat Hong Leong Yamaha kena pantau harga jualan setiap kedai harga yang ditetapkan, bukannya nak kaut keuntungan saja.kerajaan juga perlu ambil tindakan

    Reply
    • Secret reader says

      November 12, 2019 at 11:36 AM

      Hong Leong pon mcm taik.. nk pantau apa..

      Reply
      • Ysoserious says

        December 11, 2019 at 9:46 AM

        Pembeli malaysia langsung xde sepakat. Kalau btul2 sepakat bole je. Ada seller yg jual murah tp dorg xpercaya. Sbb bangsa melayu yg jual. Kalau cina jual smp 15k pun xpe. Y suku seller melayu jual rm10k otr. (Ready stok) Still kena nego dgn buyer. Kalau dgn cina oder rm10k pun boleh. Hahahaha.. mantap hebat padu binasa kurang ajor

        Reply
  3. Awal hisham says

    September 12, 2019 at 3:40 PM

    Boikot... Kenapa harus mrgelupur dgn enjin yg akan jatuh harga.... Kesiannnnn

    Reply
    • Wan says

      September 13, 2019 at 2:32 AM

      Kedai declare tax ikut harga rrp ke harga mark up?

      Reply
  4. Farez says

    September 12, 2019 at 4:23 PM

    Min,mohon email HLYM bawa masuk mt15.

    Reply
  5. Zeaf-O says

    September 13, 2019 at 1:37 AM

    Kite kne paham & tahu dulu siapa yg mengawal harga moto yg demand tggi ni kt kedai. Kedai2 cina ni biasa dikawal selia oleh pertubuhan peniaga mereka. Ini bukan nk rasis ke apa ya. Tp kne ingat balik kes demak. Sebab ape mereka terpaksa gulung tikar. Semua adalah tekanan dr pertubuhan peniaga yg memberi syarat ketat dr segi kewangan. Semua komisen & mark up hrga akan pg pd mereka jugak. Ni melibatkan pengeluar & kedai skali. Jadinye kedai yg betul nk jual moto pun terpksa naikkan harga. Jadi eloklh kita cari kedai muslim. Biarpn mahal & lama tggu. Janji kita x ditipu. Ps: Ukur baju di badan sendiri. Beli moto ikut kemampuan ye. Jgn ikut nafsu. Dunia sementara je. #BMF #buymuslimfirst

    Reply
    • Razib ZA says

      September 14, 2019 at 5:39 PM

      Ada ke kedai muslim yang jual yamaha nvx 155 kuning dengan harga RM9988?

      Reply
      • ketawa says

        November 12, 2019 at 9:04 AM

        ni soalan yg saya nak tanya pun.... hahahaha!
        lagi lagipun, kedai muslim ada kapasiti untuk stok? tidak! semua melalui channel yg sama

        Reply
  6. Piee says

    September 13, 2019 at 8:45 AM

    X perlu yamaha.. Jenama lain pun sama... 0 downpayment..tapi bila sign agreement dah lebih 1k...pernah beli jenama sym 0 sownpayment... Bila aeon call... Cakap bayar downpayment 680 iaitu 10%...harga moto 5k leebih...bila sign.. Dah jadi harga moto 6800...kedai makap lebih... Pastu interest aeon... Bermakna kedai caj lebih pastu bagi helmet ms88 je... Bila dah terkena.. Baru tau cam na sistem 0 downpayment ni

    Reply
  7. Yamaha Dealer says

    September 13, 2019 at 10:24 AM

    Bayar gaji pekerja paling minimum RM1100.00 (Seorang). Bukan ada orang beli motor hari2.

    Reply
    • Namau says

      September 13, 2019 at 3:23 PM

      Tak ada org beli buat apa ambil prkrja.buat lah sendiri.tau sdh kedai tak laku srh pelangan pla byr gaji

      Reply
      • Ani says

        December 11, 2019 at 9:49 AM

        Motor bukan ready stok. Lpstu loan dh lulus br oderkan. Beli kereta ikut rrp dan oder pun org xmarah sbb xde markup. Org jual kereta pun byr gaji pekerja. Bodoh punya dealer buat alasan pekerja.. haahhaah..

        Reply
    • Palu says

      September 14, 2019 at 8:49 PM

      Alasan ja tu...dapat masyuk banyak lagi sparepart n servis bagai harga yahudi...

      Reply
    • Wan Zainuddin says

      September 15, 2019 at 4:19 PM

      Dah x jual hri2,dan xmampu gji pekerja,jgn ambk pekerja..mto sbln kdai mto dpt jual brapa bji?xpyh nk up harga sgt..

      Reply
  8. Rock says

    September 13, 2019 at 10:48 AM

    Ada kedai bagi murah lagi. 11.6k cash otr boleh dapat. Tapi policy hly tak bagi motor beli luar dari kawasan lain. So pandai2 la deal. Kang valley kena lupakan la. Memang kawasan peniaga tel aviv.

    Reply
  9. Abu says

    September 14, 2019 at 7:21 PM

    Kalau korg bukak kedai moto, korg nk letak harga moto ni berapa? bagi aku bende ada market value mmg mcm tu... sebagai buyer kalau xmampu mungkin turunkn sikit citarasa ambik yg harga ok2 je...

    Reply
    • Bibo says

      November 16, 2019 at 9:13 AM

      Bukan boleh letak harga ikut suka. Sebab kerajaan pun tak bagi orang beli moto ikut suka. Tak boleh beli moto indon bawak masuk sini sebab nak tolong peniaga malaysia.

      Reply
  10. Anymomous says

    November 12, 2019 at 12:00 AM

    Puak peniaga paling happy bila gst mansuh. Boleh untung besar tak perlu declare.

    Reply
  11. Hairul says

    November 12, 2019 at 11:09 PM

    Aku bli cash kedai bukak 2 resit 1 resit 10k pastu 1 lagi balnce dia.. Tp skrg aku da mula fhm.. Haihhh knpe lah xde yg kacau.. Tinggi naaa makap tu..

    Reply
  12. Husaini Salleh says

    December 8, 2019 at 8:39 PM

    Beli aje Modenas

    Reply
    • Mat motor says

      December 14, 2019 at 4:21 PM

      Sama je % yg peniaga untung motor cap ape pun, jgn beli motor baru je cara nya

      Reply
  13. kambing says

    December 8, 2019 at 11:50 PM

    tu x pe.. ade yg loan lulus.. tunggu stok nvx lambat.. janji seminggu.. yg ade nvx douxy( ape ntah nama dia.. ) pastu dorang mcm tekankn suro ambik moto tu.. tapi tambah lagi 1k .. dapat sijil dan kejadah2 nya.. bingai

    Reply
  14. kazar says

    December 9, 2019 at 2:30 AM

    tak payah beli moto tu, tak mati pun, beli jer yang murah...

    Reply
  15. Hakimi Haffiz says

    December 9, 2019 at 9:38 AM

    Ada gst pun harga lagi tinggi

    Reply
  16. km says

    December 13, 2019 at 9:57 PM

    ade kami kesah???
    hobi kami mahal. awk jeles ke apa?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev