• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Kilang Kereta Honda di Argentina Tahun Depan

Tiada Lagi Kilang Kereta Honda di Argentina Tahun Depan

August 15, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


AWAL tahun ini, Honda mengejutkan industri automotif dunia apabila mengumumkan hasrat untuk menghentikan pengeluaran kenderaan di Britain dan Turki menjelang 2021. Terbaharu, pengeluar dari Jepun itu mengumumkan pula akan menutup kilang kereta di Argentina seawal tahun depan.

Pengumuman itu dibuat subsidiari Honda di Argentina, Honda Motor de Argentina S.A. (Honda Argentina), yang turut mengeluarkan produk motosikal di negara Latin itu. Fasiliti yang akan ditutup itu ialah kilang Campana dalam wilayah Buenos Aires, sekali gus menamarkan pengeluaran model crossover subkompak, HR-V.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

Kilang Honda di Campana, Argentina.

Jadi, bermula 31 Mei 2o20, Honda Argentina akan menumpukan kepada pembuatan motosikal dan antara model  yang dikeluarkan dari kilang tersebut ialah Wave, CG150 dan XR150L.

Langkah dilakukan Honda itu adalah untuk memenuhi keperluan menguatkan struktur perniagaan automobil dalam menghadapi cabaran industri automobil masa kini. Secara spesifik, Honda mahu mengoptimumkan peruntukan pengeluaran dan kapasiti pengeluaran automobil mengikut permintaan global.

Kilang Campana di Argentina sudah dibina sejak 2011, khas untuk pengeluaran City dan HR=V, manakala kilang motosikal sudah ada sejak 2006. Menurut Honda Argentina, penutupan kilang itu tiada kaitan dengan jualan kereta dan operasi servis selepas jualan di negara Amerika Selatan itu.

Bagaimanapun, penutupan kilang Campana itu dikhuatiri menjejaskan 1,000 pekerja yang sehingga kini masih belum pasti dengan masa depan mereka. Menurut Reuters, Honda kini sedang berunding dengan kesatuan pekerja tempatan tentang pampasan dan ganti rugi.

Menurut Honda Argentina lagi, pengumuman itu juga tiada kena mengena dengan keputusan pilihan raya Presiden di Argentina, Ahad lalu yang menyaksikan pasaran saham dan mata wang tidak menentu berikutan kekalahan Mauricio Macri.

BACA >>> Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Argentina, Honda HR-V, Honda Motor de Argentina S.A. (HAR), Kilang Campana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev