• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Sampai Dua Minggu, Tempahan Proton Saga (2019) Cecah 4,000 Unit!

Tak Sampai Dua Minggu, Tempahan Proton Saga (2019) Cecah 4,000 Unit!

August 14, 2019 By Han Othman 3 Comments

8.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Saga (2019) baharu mendapat tempahan kira-kira 4,000 unit dalam tempoh lapan hari sejak dilancarkan 6 Ogos lalu, menurut Pengarah Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook.

"Kami dapat tempahan lebih kurang 500 unit Saga setiap hari sejak model itu dilancarkan. Ini pasti berita baik buat Proton," katanya

Angka tempahan tinggi itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika mengambil kira respon positif pembaca dan pembeli tentang Saga (2019) ketika dilancarkan yang bukan saja menawarkan ciri, tetapi juga harga menarik di pasaran.

Saga (2019) ialah versi dipertingkat (facelift) yang diberikan penambahbaikan signifikan supaya tampil lebih kompetitif dan relevan dengan trend masa kini. Paling ketara ialah pengenalan unit infotainment jenis apung menggantikan sistem audio tradisional.

Rupa luaran turut disegarkan dengan gril 'Infinite Weave', lampu siang (DRL) LED dan tulisan 'PROTON' yang melintang sepanjang pintu but, serta rekaan rim sport baharu. Kemasan dalaman juga kini nampak lebih mewah dan berkualiti yang membuatkan sesiapa saja susah untuk tidak jatuh hati kepada sedan ikonik ini.

Ini turut disokong harga mampu milik yang ditawarkan serendah RM32,800 hingga RM39,800. Jika dibandingkan pesaing dalam kelas sama, harga Saga (2019) nyata mengejutkan dan boleh disebut sebagai tidak masuk akal.

Dah submit loan ke belum ni? 🤤

BACA >>> Proton Saga (2019) Dilancarkan! Inilah 8 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM33k!
BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

Related

8.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cheng Seng Fook, Proton, Proton Saga, Proton Saga (2019) Facelift, Roda4, Sedan, Sedan Segmen-A

Comments

  1. Ah meng says

    August 16, 2019 at 8:36 AM

    Cuma tambah keyless entry dan leather seat lg kt saga..

    Reply
  2. Proton sampah says

    October 4, 2019 at 5:06 PM

    Very bad buat loan dah 2 bulan lepas approve, tapi smpai sekarang kereta x de allocate lagi

    Reply
  3. kecewa says

    June 16, 2021 at 11:39 AM

    proton mmg teruk...loan dah lulus lama dh..dah dekat 3 bulan x de khabar pasal kereta..patut la proton ketinggalan dari segi sale...lembab

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev