• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PAINTHEAD ASIA Bakal Meriahkan Art of Speed Malaysia 2016!

PAINTHEAD ASIA Bakal Meriahkan Art of Speed Malaysia 2016!

April 15, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

PAINTHEAD ASIA Arts Of Speed 2016BAGI memeriahkan lagi Art of Speed 2016, satu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau PAINTHEAD ASIA bakal berkongsi platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Pameran seni yang pertama seumpamanya diadakan di Asia ini menampilkan artis antarabangsa dan tempatan seperti Bacon Decoration “Jun” dari Jepun, Arkiv Vilmansa & Fahmi Freeflow (Indonesia), Pinman & Twocs Itthipong (Thailand), Mark SBTG & Feroze McLeod (Singapura) dan Adrian Nunis “Affa Project” & Ezudean Ishak “Rolling Ink” yang akan mewakili Malaysia.

Mereka bakal menunjukkan seni topi keledar yang ditaja sepenuhnya oleh Bettle Helmet dari Jepun. Setiap topi keledar yang direka akan dijual melalui “Silent Auction” dan kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada artis terlibat.

PAINTHEAD ASIA Arts Of Speed 2016Selain PAINTHEAD ASIA, Art of Speed 2016 juga menampilkan pertandingan Show and Shine di dalam dewan bertutup berkeluasan 100,000 kaki persegi, MotoJamm, acara stunt & persembahan demo istimewa motosikal trial, galeri seni Moto Circus dengan artis tempatan dan antarabangsa, Kustom & Coffee Talk, Larian Maskot Kelab Automotif, aktiviti kanak-kanak dan keluarga seperti belon air gergasi, aktiviti kebajikan kumpulan Star Wars, Soapbox Show & Go!, jualan bazaar serta arena papan selaju.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine bagi kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Art Of Speed JB-Pandulajudotcom-09
Art Of Speed JB-Pandulajudotcom-04
Art Of Speed JB-Pandulajudotcom-03
Art Of Speed JB-Pandulajudotcom-02

BERIKUT ADALAH SENARAI JEMPUTAN ANTARABANGSA BAKAL MEMBUAT PENAMPILAN KHAS;

  1. Jason Webber dari ATR Choppers USA
  2. Jeff Leighton dari The Wretched Hive USA
  3. Steve Caballero dari USA
  4. Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Japan
  5. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan
  6. Hi-Technix Japan Lowrider Hopping Show dari Jepun
  7. Koji Hamada dari Hammer Sycle Jepun
  8. Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun
  9. The Nash dari Burnout Magazine Japan,
  10. Kumpulan kolektif artis pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.

TARIKH & LOKASI:

  • Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) - 28 dan 29 Mei 2016.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Art Of Speed 2016, klasik, kustom, MAEPS, PAINTHEAD ASIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev