• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Malaysia Catat Jualan Terbaik Pada Q1 2016 - Bakal Lancar 9 Model Baharu

Mercedes-Benz Malaysia Catat Jualan Terbaik Pada Q1 2016 - Bakal Lancar 9 Model Baharu

April 15, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Mercedes-Benz Malaysia Catat Rekod Jualan TerbaikBIARPUN berhadapan ketidaktentuan ekonomi negara, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) kekal agresif apabila mencatatkan jualan memberangsangkan pada suku pertama (Q1) 2016.

Sepanjang tempoh itu, MBM mencatatkan penjualan sebanyak 2,658 unit yang juga prestasi terbaik pernah dicapai. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 41 peratus (1,886 unit) berbanding tempoh masa sama pada tahun lalu.

Daripada jumlah itu, barisan model C-Class merekodkan jualan tertinggi dengan menyumbangkan sebanyak 1,359 unit. Antara ahli keluarga C-Class terdiri daripada C 180 Avantgarde, C200 Avantgarde, C 200 Exclusive dan C 300 AMG Line.

Turut menyumbang prestasi terbaik MBM pada Q1 2016 menerusi model kompak A-Class yang naik sebanyak 28 peratus atau 664 unit.

Mercedes-Benz Malaysia Catat Rekod Jualan Terbaik_Pandulajudotcomdotmy (2)Manakala barisan model E-Class dan S-Class pula masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 75 peratus iaitu penjualan sebanyak 260 unit  dan 28 peratus (195 unit).

Model CLA pula mencatatkan penjualan sebanyak 183 unit dan GLA pula 159 unit. Barisan model SUV yang terdiri daripada GLC, GLE, GLE Coupe merekodkan penjualan sebanyak 170 unit.

Selain itu, Mercedes-Benz Dream Cars AMG A 45, AMG C 63 S, AMG S 63 Coupe, AMG GT S, E-Class Coupe, CLS, Maybach S-Class turut mencatatkan penjualan sebanyak 20 unit.

Lebih menggembirakan, MBM bakal memperkenalkan sembilan model baharu sepanjang tahun ini di mana tiga daripadanya adalah model serba baharu, tiga lagi adalah model peningkatan sepenuhnya, dua enjin baharu dan satu unit facelift.

Syabas MBM dan rasa tak sabar pula nak tunggu sembilan model baharu Mercedes-Benz tiba di Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: A-Class, C-Class, Jualan Mercedes-Benz Malaysia, MBM, Mercedes-Benz Malaysia, Q1, Rekod Jualan terbaik Mercedes-Benz, Suku pertama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my