NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan tiga model skuter sporty baharu, terdiri daripada:
- Primavera S 150
- Sprint S 150
- S125 Carbon Edition
Masih mewarisi DNA sport Vespa, model kali ini menampilkan kemas kini estetika baharu supaya menepati gaya hidup penunggang Malaysia yang aktif dan trendy.
1. VESPA PRIMAVERA S 150
Vespa Primavera S 150 mewarisi karakter ‘joie de vivre’ (keseronokan kehidupan) dengan tambahan imej segar, bergaya dan sporty. Ia dibezakan menerusi padanan pengadang angin, rim dan pelindung hon kelabu. Didatangkan dengan rim aloi aluminium 5 jejari 12 inci, skuter ini menawarkan kestabilan dan cengkaman lebih baik dengan penambahbaikan keselamatan.
Padanan sensor barometrik menyumbang kepada tunggangan lancar, senyap dan selesa selain memastikan pembakaran optimum dalam pelbagai situasi tunggangan. Dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc i-Get, Primavera S 150 menawarkan prestasi memuaskan dengan kecekapan bahan api lebih baik.
Primavera S 150 didatangkan dengan warna merah, hitam dan putih pada harga RM16,400.
BACA >>> #TunggangUji: Vespa Primavera 150 (2018) - Skuter untuk Nikmati Erti Santai Sebenar
2. VESPA SPRINT S 150
Tambahan famili baharu dalam siri Vespa Sprint ini didatangkan dengan badan keluli, dan juga model pertama dalam kelasnya dipasangkan rim 12 inci. Skuter ini turut didatangkan dengan bentuk pelana baharu dan paip ekzos kelabu-hitam berserta kemasan krom untuk menyerlahkan aura elegan dan sporty.
Sprint S 150 dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc i-Get dengan sensor barometrik untuk mengoptimumkan keseronokan dan kelancaran tunggangan meredah trafik padat dalam bandar.
Sprint S 150 didatangkan dalam warna biru, kelabu dan hitam pada harga RM17,400.
BACA >>> Vespa Sprint Adventure Tampil Lebih Gaya
3. VESPA S125 CARBON EDITION
Tampil dengan gaya ikonik model Vespa era 70-an, Vespa S125 Carbon Edition ialah teman sempurna untuk warga kota masa kini. Skuter edisi spesial ini menampilkan rekabentuk agresif baharu dengan perincian garis karbon hitam dan pelekat S merah pada rim.
S125 Carbon Edition juga disematkan tiga jalur 'Tricolore' yang mewakili warna bendera Itali pada bahagian sisi. Penampilan sporty dipertingkat menerusi penutup hon hitam. Melengkapkan lagi gaya skuter ini ialah rim hitam 5-jejari saiz 11-inci.
Enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc i-Get menawarkan tunggangan lancar, senyap dan selesa. Saiz badan kompak memudahkan ia menyelit di tengah kesibukan kota. Antara ciri utama skuter ini ialah lampu depan petak, bentuk pelana dinamik dan ruang simpanan boleh buka penuh di papan pemuka bawah.
Imej sporty diserlahkan dengan absorber merah dan panel instrumen menarik. S125 Carbon Edition didatangkan dalam warna hitam dan putih pada harga RM12,500.
BACA >>> Ketahui 8 Pembaharuan Vespa S125, Kini dengan Enjin i-GET
Leave a Reply