• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Cipta Nama dalam WRC, TCR, Hyundai Mahu Bina Kereta Lumba Elektrik Pertama!

Selepas Cipta Nama dalam WRC, TCR, Hyundai Mahu Bina Kereta Lumba Elektrik Pertama!

August 8, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI kini cenderung ke arah sukan permotoran dan jentera prestasi yang sememangnya sudah jadi kebiasaan buat pengeluar massa.

Hyundai Motorsport misalnya terlibat dalam dunia rali dan perlumbaan sejak penubuhannya pada 2012. Penglibatan Hyundai dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) kini memasuki musim keenam dan sedang menerajui kategori pengeluar.

Hyundai juga memiliki divisyen Perlumbaan Pelanggan (CR) yang ditubuhkan pada 2015 yang bertanggungjawab membangunkan jentera lumba seperti i20 R5, i30 N TCR dan Veloster N TCR. Malah, pengeluar Korea ini turut mempunyai model prestasi versi jalanan seperti i30 N, Veloster N dan i30 Fastback N.

BACA >>> Hyundai i30 Fastback N Jadi Kereta Keselamatan Rasmi WorldSBK 2019

HYUNDAI i30 FASTBACK N
HYUNAI i30N
HYUNDAI VELOSTER N

Apakah perancangan seterusnya? Ada, Hyundai Motorsport mengumumkan satu lagi projek baharu iaitu pembangunan kereta lumba elektrik pertama. Kereta ini sudah siap dibina di ibu pejabat Hyundai Motorsport di Alzenau, Jerman dan akan ditayangkan buat kali pertama pada 10 September nanti sempena Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (IAA).

Tiada maklumat lanjut diberikan tentang spesifikasi teknikal atau acara perlumbaan manakah yang akan disertai. Namun menurut Hyundai, keputusan itu dibuat selari perkembangan teknologi hibrid dan elektrik dalam dunia automotif masa kini.

Jika kita lihat kalendar sukan permotoran dunia, Kejuaraan Ralicross Dunia (WRX) dan Perlumbaan Kereta Penumpang Elektrik (ETCR) akan mula menganjurkan perlumbaan  kereta elektrik bermula 2020.

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Tentang Teknologi CVVD untuk Enjin Hyundai Baharu yang Perlu Anda Tahu

Jentera WRX akan menggunakan casis Oreca, dan bateri daripada Williams, manakala Cupra, yang juga subjenama kepada SEAT, ialah pengeluar pertama yang mengesahkan penyertaan dalam ETCR.

Tidak dapat dipastikan sekiranya pengenalan kereta lumba elektrik Hyundai itu ada kena-mengena dengan dua kejuaraan lumba tersebut. Gambar selingan diberikan juga tiada banyak maklumat. Apa yang pasti, Hyundai nekad memahat nama dalam dunia perlumbaan dalam usaha menjadi jenama disegani dan dihormati.

BACA >>> Hyundai Ioniq Electric (2019), Berbaloi Dijual untuk Saingi Nissan Leaf di Malaysia

All-New Hyundai i30 Fastback N (2)
hyundai-i30n-1
Hyundai i20 WRC
Hyundai i30 N TCR 01.
Hyundai i30 N TCR

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Customer Racing (CR), EV, hyundai, Hyundai Motorsport, Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Perlumbaan Pelanggan (CR), sukan permotoran, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev